Monday, July 12, 2010

UMNO Kafir, rasuah, kronisme dan agen Yahudi


Dengan mengisytiharkan dirinya sebagai Jamaah Islam dan wadah perjuangan Islam tulin, PAS bertanggungjawab menjelaskan Islam sebagai dasar dan sistem kehidupan yang menyeluruh.

Dengan kenyataannya bahawa matlamat politik nya ialah menegakkan negara Islam, PAS bertanggungjawab menjelaskan sistem politik bagi negara Islam yang hendak dibentuknya di zaman moden ini.

Apakah dasar-dasar Islam yang hendak dilaksanakan oleh PAS didalam bidang politik, ekonomi, sosial, kebudayaan, perhubungan luara dan sebagainya. Tugas dan tanggungjawab inilah yang sepatutnya dikemukakan oleh PAS di dalam kegiatan politiknya, sekiranya ia benar-benar sebuah pertubuhan yang dikatakan sebagai Jamaah Islam.

Tuntutan penjelasan ini mungkin sekarang ini tidak perlu dibangkitkan lagi kerana PAS sudah secara rasmi telah membuang dasar pembentukan sebuah negara islam serta perlaksanaan semua dasar-dasar Islam.

Kenapa? Mungkin kerana Kerajaan pemerintahan UMNO sudah dan sedang melaksanakan dasar-dasar Islam tersebut.

Sebab itu kita lihat kerajaan Kedah meletakkan solgan Kedah Sejahtera, nikmat untuk semua. Ini adalah kerana kerajaan pemerintahan UMNO telah melakukan hampir kesemua tuntutan dasar-dasar Islam tersebut; kerajaan PAS hanya menikmatinya saja. Pakai baju Melayu dan songkok hitam dengan kemas, hadir rasmi sahaja.

Cuma kita masih menunggu perlaksanaan undang-undang Islam seperti yang dilaung-laungkan di kampung-kampung sebelum mendapat kuasa dahulu.

Bijak memang bijak, bila dapat kuasa, secara rasminya mereka membuang matlamat pembentukkan negara Islam dan dasar-dasar Islam.

Ini kerana mereka semua tahu yang UMNO yang telah dan sedang melakukan apa yang mereka laungkan sebelumnya!

Semua tahu apa yang sepatutnya dilakukan oleh PAS itu tidak akan terlaksana. Ini ialah kerana pemimpin PAS tidak mempunyai cukup kelayakan ilmiah untuk berbuat demikian.

Bahkan didalam melaksanakan agenda Islam, PAS tidak dapat dan akan menyaingi UMNO yang bukan sahaja beriltizam kepada perjuangan menegakkan agama dengan kata-kata tetapi melaksanakan agenda pembangunan agama secara yang terbukti dengan kemajuan yang dicapai oleh negara dan rakyat di dalam bidang keagamaan. Kejayaan yang dicapai oleh UMNO di dalam perjuangan Islam diakui oleh PAS.

Dengan kesedaran ini pemimpin-pemimpin dapat rasakan yang PAS akan menjadi tidak relevan lagi dalam perjuangan Islam, jika ia tidak melakukan sesuatu yang boleh memperkecilkan perjuangan UMNO.

PAS tidak mempunyai cara lain untuk mengecilkan perjuangan UMNO, melainkan menanamkan bibit kebencian dikalangan ahli-ahli dan penyokongnya kepada UMNO. Apabila benci menguasai tidak ada lagi kebaikan yang dikenang. Benci akan menutup mata hati, sehingga melihat segala-galanya dengan cemuhan dan jelek. Seperti kata Imam Shafie:

Mata yang rela melihat kecil sagala keaiban sama seperti mata kebencian melihat segalanya penuh keburukan.


Politik kebencian menjadi agenda utama dakyah PAS di dalam usahanya untuk mengekal perjuangannya supaya terus relevan.  Ini telah menular sehingga kepada kawan rakannya di dalam PR.

Tidak ada yang lebih menimbulkan kebencian selain daripada melabelkan UMNO sebagai kafir, sahabat yahudi, kronism dan rasuah.

Seorang pemimpin PAS dari Besut pernah berkata "Jika UMNO tidak kafir, lebih baik kita menyertai UMNO daripada menyertai PAS".

Seterusnya UMNO dilabelkan sebagai sekular, anti Islam, agen Yahudi dan berbagai label yang kesemuanya untuk menanamkan kebencian kepada UMNO dan pemimpin-pemimpin UMNO.


Read more: http://syburi-times.blogspot.com/2010/04/umno-kafir-rasuah-kronisme-dan-agen.html#ixzz0tXDBcIeZ

No comments:

Post a Comment