Monday, July 12, 2010

PAS sudah tidak relevan


Kita menentang PAS kerana menyedari tindakan keterlaluan pemimpin-pemimpin dan pengikut-pengikut PAS sebagai penyelewengan aqidah, syariah dan akhlak, penyebar-penyebar fitnah, pengumpat, pencaci, pencarut, perosak perpaduan ummah dan pengkhianatan masa depan orang Melayu.

Selagi PAS menjadi juara tersebut, kita wajib berjihad menentang mereka, Rasullullah s.a.w bersabda:

"Sesiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ditegah menggunakan tangan, kalau tidak mampu gunakan lidah, kalau tidak mampu gunakan hati dan itulah selemah-lemah iman". (Hadis riwayat Muslim).

 Kita terpaksa menentang PAS kerana PAS boleh melemah dan menghilangkan kuasa politik orang Melayu apabila parti itu sanggup bekerjasama dengan DAP yang  beridealismakan kominis serta PKR yang membawa Islam liberal dan seterusnya menerima tuntutan 17 perkara yang dikemukakan oleh persatuan Cina, menolak hak keistimewaan orang Melayu, bersekongkol dalam tuntutan IFC dan kumpulan yang berpaksikan dengan Zionis Israel.

Read more: http://syburi-times.blogspot.com/2010/05/pas-sudah-tidak-relevan.html#ixzz0tXBejoJ0

No comments:

Post a Comment