Monday, July 12, 2010

PARTI AJARAN SESAT


Mereka marah apabila digelar Parti Ajaran Sesat, Pada mereka apa saja berkaitan Islam adalah hak mutlak dan monopoli mereka. Hanya mereka saja yang memahami Islam, orang lain sebut Islam pun tak betul. Kalau baca Al-Quran pun tak betul, kalau baca hadis pun tak betul. yang betul ialah puak parti itu saja.

Itulah taksubnya fanatik-fanatik PAS, yang seolah-olah dengan menyertai PAS itu, lengkap sudah Islam mereka.

Terdapat begitu banyak bukti bahawa PAS membawa kesesatan kepada pengikutnya dan membawa kekeliruan kepada bukan Islam. Dan kekeliruan ini telah dieksploitasi oleh bukan Islam sehingga merugikan Islam.

Ambil saja isu judi. Apakah hukum asal judi? Kenapa Parti sesat ini hanya berjuang untuk menentang judi sukan sahaja, sedangkan judi lain waima yang berada dibawah ketiak kepimpinan mereka sekalipun tidak di persoalkan.

Tidak ada dalam hadis dan al-quran menyuruh memisahkan jenis-jenis judi sebelum meletakkan hukum. Dalam Islam, bukan saja judi tidak dikategorikan jenis apabila menghukum, malah segala aktiviti berkaitan judi walaupun secara tidak langsung tetap dirangkumkan dalam pengharaman hukum judi.

Tapi bukti sebaliknya, di Negeri pemerintahan PAS, bercambah kedai-kedai judi yang lesennya premisnya diluluskan sendiri oleh kerajaan PAS yang menentang judi sukan ini. Malah terdapat premis judi dan menjual arak yang bukan setakat diluluskan lesen premisnya, tetapi pemilikan perniagaannya adalah dibawah pengarahan Ustaz Azizan dan beberapa Exco PAS Kedah.

Kempen-kempen anti-judi juga tidak dibuat di negeri dimana mereka berkuasa melakukan perubahan seperti di Kedah, tetapi kempen 24/7 berjalan lancar untuk memburukkan kerajaan pusat berkaitan isu judi. Begitu hebatnya mereka, waima apabila kerajaan pusat putuskan tidak keluarkan lesen judi bolasepak, mereka kata atas niat yang salah pula.

Nampaknya, tahap hipokrasi PAS semakin hebat dan mereka sudah tidak lagi malu pada diri sendiri apabila berkokok begitu kuat sedangkan ekor sendiri bergelumang najis.

Read more: http://syburi-times.blogspot.com/2010/07/parti-ajaran-sesat.html#ixzz0tX3GsEhP

No comments:

Post a Comment