Thursday, July 22, 2010

Ahli Politik vs Ulama





Kedah Times ingin bertanya kepada YB Datuk Mahfuz Omar beberapa soalan. Ini disebabkan beliau dengan beraninya berkata yang Tan Sri Harussani telah membuat fitnah serta melakukan pembohongan berhubung adanya pemimpin PAS dan UMNO menemuinya bagi mendapat pandangan bagi menyatukan kedua-dua parti.

Kepada pengundi-pengundi Parlimen Kuala Nerang, renungi dan fikirlah betapa 'low' nya wakil parlimen yang telah anda semua lantik.

1. Kenapa apabila Karpal Singh baru-baru ini menolak Islam yang dibawa oleh PAS tidak anda tentangi atau sergahi oleh YB? Mufti Perak bercakap atas nama orang Islam dan Melayu. Ini soal perpaduan Melayu dan Islam serta 'survival' bangsa yang beragama Islam ini.

2. Kenapa YB sangat takut dengan perpaduan umat Islam? Sepatutnya YB takut dengan Anwar Ibrahim yang terang-terang tunduk dengan Zionist Israel. Apakah YB ada saham juga ka dalam kes pertalian Anwar dengan Zionist? 

3. Yang ini mungkin sensitif sedikit. Cuba renung kembali takuk mana ilmu YB berbanding denga Mufti Perak tu? Orang yang ilmu agama nya tinggi amat takut sekali nak membuat fitnah. Maklumlah fitnah ni ibarat macam ratah daging saudara sendiri!

4. Cuba baca balik disini. Apa yang YB dah laksanakan di Kuala Nerang? Jangan hanya harapkan pembangunan yang telah lama dirancang untuk Daerah Kuala Nerang saja. Yang YB rancang sendiri mana dia? Dapat jadi daerah barupun adalah hasil usaha dari kerajaan yang lalu. Jangan kata kami fitnah pula. Umat Islam bertambah pecahbelah ada la disana. Ini hasil dari kebijaksanaan YB merancang la. Sebab tu YB sangat-sangat tidak suka perpaduan sesama Ummah. Perpaduan bagi YB hanyalah untuk ahli PAS, PKR dan DAP saja. Ini dinamakan perpaduan taik kucing!

Nanti kita sambung lagi pasal YB Mahfuz ni.  Kalau ronda Kuala Nerang, boleh lah kita lihat apa yang dia buat sebenarnya.




Read more: http://syburi-times.blogspot.com/2010/07/ahli-politik-vs-ulama.html#ixzz0uSvgFNXv

No comments:

Post a Comment