Monday, July 12, 2010

ADUN Melompat: Response Yang Kita Akan Dengar


Setiap kali terdapat Ahli Parlimen PR melompat parti, maka kita akan dengan jawapan-jawapan standard seperti berikut:

A. Perletakan jawatannya memang telah dijangka.
B. Hilang satu beban lagi.
C. Adun ini memang bermasalah dari dulu lagi.
D. Adun ini memang tak pandai buat kerja.
E. Adun ini ada masalah perniagaan.

Mungkin dimasa hadapan, wartawan yang mahu menemuramah pemimpin parti pembangkang apabila ahli mereka melompat hanya perlu memberikan soalan dalam bentuk objektif, dan mereka boleh menjawab dengan hanya menyebut A, B, C, D atau E. Kalau syarikat-syarikat telefon selular boleh menggunakan pendekatan innovatif auto-reply dalam perkhidmatan mereka, apa salahnya sistem ini diadaptasi oleh pembangkang.

Ini patut dilakukan untuk membantu mengurangkan tekanan yang mereka hadapi saat mereka sedang risau tentang siapa pula seterusnya yang akan melompat. Apatah lagi terdapat jangkaan bahawa ada lagi ADUN pembangkang yang akan melompat lagi selepas ini.

Cuma kita tertanya-tanya, jika memang sudah dijangkakan, kenapa mereka tidak awal-awal lagi memecat ADUN mereka demi menjaga maruah parti? Dan jika ianya merupakan satu beban, mengapakah menunggu sehingga beban itu jatuh sendiri? Begitu juga, apabila dikatakan ADUN tersebut bermasalah, adakah bermakna selama ini mereka menyimpan ADUN bermasalah walaupun akibatnya, rakyat yang rugi diwakili oleh ADUN bermasalah?

Mereka lupa, apa saja kutukan mereka terhadap wakil-wakil yang mereka gelarkan katak ini, rakyat tetap tahu siapa yang memilih, mencalon dan berkempen untuk memenangkan wakil ini. Bukahkah semasa mereka disokong dulu, segala-galanya adalah baik, boleh dipercayai, amanah, jujur dan tidak korup.

Jadi adakah mereka telah menipu rakyat tentang wakil yang melompat atau sebaliknya mungkin mereka yang masih kekal didalam PR itulah yang kekal kerana sayangkan jawatan sahaja?

Read more: http://syburi-times.blogspot.com/2010/04/adun-melompat-response-yang-kita-akan.html#ixzz0tXGI6vMX

No comments:

Post a Comment