Thursday, July 22, 2010

Kenapa PAS perlu ditentang


1. Kita menentang PAS menyedari tindakan keterlaluan pemimpin-pemimpin dan pengikut-pengikut PAS sebagai penyelewengan aqidah, syariah dan akhlak, penyebar-penyebar fitnah, pengumpat, pencaci, pencarut, perosak perpaduan ummah dan pengkhianatan masa depan orang Melayu.

Selagi PAS menjadi juara tersebut, kita wajib berjihad menentang mereka, Rasullullah s.a.w bersabda:

"Sesiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ditegah menggunakan tangan, kalau tidak mampu gunakan lidah, kalau tidak mampu gunakan hati dan itulah selemah-lemah iman".
(Hadis riwayat Muslim).

2. Kita terpaksa menentang PAS kerana PAS boleh melemah dan menghilangkan kuasa politik orang Melayu apabila parti itu sanggup bekerjasama dengan DAP dan PKR serta seterusnya menerima tuntutan 17 perkara yang dikemukakan oleh persatuan Cina serta menolak hak keistimewaan orang Melayu.

3. Kita menentang PAS kerana penipuan pemimpin-pemimpin mereka yang memperalatkan Islam demi cita-cita politik sempit mereka. Dan tidak lupa pemimpin diam membisu apabila nama Allah dituntut penggunaannya oleh Kristian. 

Read more: http://syburi-times.blogspot.com/2010/07/kenapa-pas-perlu-ditentang.html#ixzz0uSy0NWyg

No comments:

Post a Comment