Monday, July 12, 2010

Pemimpin Lidang Bercabang


KOTA BHARU, 19 April: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyokong penuh calon Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor, Datuk Mohd Zaid Ibrahim dan akan turun ke sana 23 April ini.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Husam Musa, berkata sebaik sahaja dimaklumkan Zaid bakal bertanding di Hulu Selangor, Tuan Guru menelefonnya dari tanah suci memaklumkan sokongan penuhnya terhadap calon Pakatan Rakyat.

** Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Zolkharnain Abdin Al-Hafiz menyelar saranan Zaid dan menganggapnya biadap dan tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang Islam.

"Dulu dia nak bawa hukum hudud ke mahkamah. Ini nak buat loteri pula, apakah dia tidak ambil kira sensitiviti umat Islam atau inikah dia Islam Hadhari?," katanya.

Jelas Husam, Tuan Guru memberitahu Zaid akan mendapat sokongan dalam pilihan raya kecil itu nanti memandangkan kelebihan yang ada padanya disamping peka terhadap masaalah rakyat.

“Kerana itu, Tuan Guru akan turun ke Hulu Selangor pada 23 April ini untuk berkempen bagi membantu kemenangan calon Pakatan selepas pulang ke tanah air 21 April ini,”ujarnya.

Zaid dipetik berkata demikian ketika membahaskan Bajet 2006 bagi Kementerian Belia dan Sukan.

Akhbar The Star Khamis lalu menyiarkan komen daripada Zaid yang menyarankan agar diadakan loteri khas sebagai dana bagi mengatasi masalah kewangan yang dialami institusi sukan di negara ini.

Zaid menyatakan bahawa banyak syarikat perjudian tidak memberikan sumbangan yang secukupnya kepada sukan di negara ini.

Beliau juga memberikan contoh di England di mana indusrti sukan dibiayai penuh dari sumber perjudian.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis penyerahan kunci rumah kedai Bandar Baru Tunjung, dekat sini pagi tadi.

Sambung Husam lagi, bukan itu sahaja Tuan Guru turut menghubungi Zaid selepas beliau diistiharkan calon Pakatan Rakyat dihari penamaan calon.

“Malah dua hari berikut Tuan Guru sekali lagi menelefon Datuk Zaid untuk memberi semangat dan sokongan,”ujar Husam lagi.

Bagi Husam, Zaid merupakan calon yang paling layak untuk bertanding dalam pilihan raya itu kerana kekuatannya yang tersendiri.

Sambungnya, calon berkenaan secara jelas telah melepaskan jawatannya sebagai Menteri diJabatan Perdana Menteri semata-mata kerana rakyat yang telah diperbodohkan oleh kerajaan BN khususnya dalam masaalah ISA.

Sehubungan itu, beliau turut menyeru bakal pengundi di Hulu Selangor menolak calon BN dalam pilihan raya itu nanti dan sebaliknya menyokong penuh calon Pakatan Rakyat yang akan meneruskan perjuangan mereka.

Bila ditanya adakah ianya halal, Zaid dipetik sebagai berkata, "Yang pentingnya ialah untuk apa tujuan wang itu digunakan. Kenapa kita takut melakukannnya? Adakah kerana PAS ? Mereka hanya ada enam kerusi di Parlimen. Nak takut apa?".

Ustaz Zolkharnain juga melihat kata-kata Zaid sebagai satu keangkuhan mereka dari parti kerajaan.

Walau bagaimanapun baginya, ini adalah pengiktirafan dari kerajaan Islam Hadhari pimpinan Umno akan peranan Ahli Parlimen PAS di Dewan Rakyat dalam menyuarakan pandangan berkaitan agama.

"Sungguh angkuh dan terbukti mereka tidak pernah mengambilkira aspek halal-haram sesuatu perkara. Kalau tak ada PAS di Parlimen tak tahu apa nak jadi? Jadi jelas kehadiran kita tetap digeruni," tambahnya.

Selain itu, Ustaz Zokharnaian turut menyuarakan pandangannya tentang usaha memperbaiki mutu sukan tanahair.

Baginya, segala kekurangan dan kelemahan patut diperbaiki dengan cara yang tidak merosakkan nama institusi sukan di negara ini.

"Cukuplah institusi sukan negara dicemari pelbagai perkara yang tidak sesuai dengan agama dan jangan dimasukkan perkara lain yang akan lebih merosakkan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Kedah Times : Dulu tentang habis-habisan, sekarang sayang habis-habisan. Sayang bini ditinggal-tinggalkan, sayang kuasa, yang haram sudah tidak haram. Sayang Zaid, pengikut jadi mainan.

PAS Kedah bila lagi nak 'declare your stand'

Read more: http://syburi-times.blogspot.com/2010/04/pemimpin-lidang-bercabang.html#ixzz0tXEalXa6

No comments:

Post a Comment