Monday, July 12, 2010

Penyelewengan Akidah


1. PAS ITU ISLAM, ISLAM ITU PAS

PAS mendakwa ianya memperjuangkan Islam, justeru itu menentang PAS adalah menentang Islam. Di dalam ceramah-ceramah PAS sering disamakan perjuangan PAS dengan perjuangan Nabi-nabi, khasnya nabi Muhammad s.a.w dan ayat-ayat Al-Quran berkenaan dengan golongan yang mengikut nabi dipakai untuk orang-orang PAS. UMNO dilabelkan sebagai penentang Islam, penentang Nabi-nabi, kerana UMNO menentang PAS. Kini PAS bersama penentang Islam iaitu DAP 'OVER MY DEAD BODY' dan PKR yang Islamnya adalah Liberal.

Sejak berkawan dengan DAP dan PKR, adakah PAS itu Islam dan Islam itu PAS. Jika masih ia, maka PAS, DAP dan PKR itu Islam, Islam itu PAS, DAP dan PKR.

2. HARAM HALAL JADI POLITIK PAS

Oleh kerana PAS kononnya berjuang menegakkan Islam dan UMNO mengikut kepercayaan PAS adalah penentang Islam, maka menyokong PAS adalah wajib dan menyokong UMNO adalah haram dan menyokong PAS membawa seseorang itu ke syurga dan menyokong UMNO membawa seseorang itu ke neraka.

Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah berkata, "Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram". (Harakah, 23 April 1994).

Kini adakah DAP dan PKR akan bersama PAS ke syurga?

Kini PAS sudah menjadi PAS4ALL yang disertai oleh pelbagai agama akan menegakkan Islam?

3. SYURGA, NERAKA TARUHAN PAS

Ada lagi alasan lain bagi menguatkan kepercayaan orang ramai terhadap PAS, mengundi PAS masuk syurga dan mengundi UMNO masuk neraka dan kerajaan yang diterajui oleh UMNO dikatakan sebagai zalim. Kerana itu cenderung hati kepada UMNO pun akan membawa seseorang itu ke neraka. Apa lagi menyokong, mengundi dan menjadi ahli UMNO.

Adakah DAP dan PKR akan sama-sama ke syurga kerana bersama PAS?

4. AJARAN KARUT DAN KHURAFAT

PAS menyebarkan kurafat di kalangan ahli-ahlinya dan orang-orang awam untuk mengukuhkan keyakinan kepada PAS dan pemimpinnya, kononnya parti itu mendapat restu dan pertolongan Allah. Nik Aziz pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kemenangan PAS di Kelantan pada tahun 1990 adalah dengan pertolongan para malaikat. Kebetulan pohon durian pada tahun itu di Kelantan menghasilkan buah yang lebat. Orang PAS menyebarkan dakyah bahawa hasil durian yang lebat itu adalah berkat kemenangan PAS. Pada hal durian juga lebat di Kedah dan di Perak, pada tahun yang sama.

Jika Allah menolong mereka kenapa Kedah ditimpa masalah bekalan air dan sebagainya.

Apakah Allah juga restu perjuangan DAP dan PKR yang kini bersekongkol rapat dengan PAS?

5. KEPERCAYAAN SESAT

Mempercayai bahwa sesuatu tragedi yang berlaku di negeri-negeri yang diperintah oleh BN sebagai bala Allah yang menimpa penentang-penentang Allah s.w.t yang anehnya, mereka mendiamkan diri apabila banjir besar melanda negeri Kelantan yang memusnahkan tanaman dan harta benda.

Nak panggil apakah terhadap kemarau dan masalah bekalan air di Kedah?

Nak panggil apa pulak terhadap masalah keluarga Nik Aziz di Kelantan?

Bagaimana dengan kes buang bayi, kes nikah perempuan bawah umur di kelantan? Adakah ini bukan bala?
Apakah hukum bersama Eli Wong yang hidupnya bebas seks?

6. FATWA HADI DAN KAFIR MENGKAFIR

Di dalam Amanat Haji Hadi yang disebutnya di Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981, adalah jelas pemimpin PAS itu mengkafirkan UMNO dan mengeluarkan kaedah usuluddin yang bertentangan dengan pegangan ahla Sunnnah Wal al-Jamaah. Beliau berkata: "Kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku". Pada hal tidak semestinya orang yang berkata politk suku, agama suku itu menjadi kafir kerana perkataannya itu tertakluk kepada takwil.

Menurut kaedah usuluddin : Tidak boleh dihukum kafir ke atas seseorang selagi kata-katanya boleh di takwil sebagai tidak bermaksud kekufuran.

Apakah sekarang ini penyokong UMNO masih kafir walhal, DAP dan PKR berceramah secara bebas dengan PAS dengan menggunakan ayat alQuran sewenang-wenangnya?

Read more: http://syburi-times.blogspot.com/2010/05/penyelewengan-akidah.html#ixzz0tXBIOgvV

No comments:

Post a Comment