Sunday, July 25, 2010

Ajaran PAS






Tok Guru Haji Lah menulis,
"Penentangan saya terhadap kelompok ini bermula sejak tahun 1987 apabila seorang pemimpinnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan sifat 20 Allah SWT direka oleh Greek dan Yunani. Bagaimanapun saya mendiamkan diri kerana berpegang kepada dasar parti itu yang kononnya memperjuangkan Islam".

"Sejuta Taniah Di Ucapkan Kepada TGNA semoga TGNA di rahmati
Allah SWT, Amin".

Seterusnya Tok Guru Haji Lah (Gambar) menambah,

“Namun selepas berkali-kali melihat dan mendengar kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz biar yang bertentangan dengan Ahli Sunnah wal-Jamaah biar pun telah ditegur, ia mula membuka mata saya. Kami ahli Persatuan Pondok seMalaysia beberapa kali telah menasihati beliau tetapi tidak diendahkan.

“Untuk pengetahuan umum, Institusi pondok di Kelantan telah lama menentang ajaran-ajaran Nik Abdul Aziz tetapi tidak ada siapa berani bersuara dengan lantang seperti saya kerana telah termakan budi dan bimbang tidak menerima lagi bantuan seperti mana yang dinikmati hari ini.

diatas kelantangan Aruah "Tok Guru Haji Lah" (Gambar) menentang ‘ajaran-ajaran sesat’ Nik Aziz, pelbagai sekatan telah dipaksakan ke atasnya oleh Kerajaan Negeri Kelantan termasuklah tidak membenarkan beliau mengadakan kuliah di masjid-masjid di Negeri Kelantan. Bahkan sesiapa yang menghadiri kuliah Tok Guru Haji Lah akan disekat daripada menerima bantuan Kerajaan Negeri Kelantan sehinggalah ke akhir hayat beliau.

Al-Fatihah kepada Aruah "Tok Guru Haji Lah" (Gambar).

"Ya Allah, kurniakanlah kasih sayang kepada kami dengan Iman, Islam dan Jihad dan hiasinya di dalam hati-hati kami. Dan kurniakanlah kebencian kepada kami terhadap sifat kekufuran dan kefasikan dan maksiat dan jadikanlah kami di kalangan orang-orang yang mendapat petunjuk"
-Titanium-

No comments:

Post a Comment