Thursday, July 22, 2010

PAS - Parti Ajak Sembang, Kerja Tak Payah Buat


Kalau sebelum PRU12, kita semua belum tahu bagaimanakah caranya PAS memerintah. Sekarang sudah masuk hampir 3 tahun, tak ada pembangunan lain selain tumpang bangga dengan Kolej Insanniah yang didirikan Kerajaan BN sebelum ini dan menganjurkan ceramah, ceramah dan ceramah.
 
Punyalah banyak kelemahan yang telah Kedah Times dedahkan tetapi langsung tak dijawab samada dalam Harakahdaily.net atau ceramah khas menjawap isu KHTP, premis arak, pelacuran dan sebagainya.
 
Marilah kita memeriahkan program Sembang-sembang ala kedai kopi yang akan diprofesionalkan oleh beberapa tokoh PR. Kedah Times harap peserta yang hadiri Sembang-sembang Perlembagaan ini tanyalah seberapa banyak soalan sebabnya Ustaz Azizan pun ada di situ.
 
PAS memang lemah. Bila tak tahu nak jawab apa, mereka akan gunalah seberapa banyak ayat-ayat Al-Quran, hadis, pernyataan-pernyataan yang berbentuk keagamaan dan sebagainya yang akan menjadi penutup segala keluh kesah dan amarah penduduk. Contohnya 'Redha dengan segala macam kesusahan dan kepayahan adalah satu sifat terpuji'.
 
Seronokkan rakyat Kedah? Tak payah kerja berat. Hari-hari kalau boleh PAS buat dan ajak rakyat Kedah dengar ceramah. Bila tang buat kerja, rakyat buat sendiri, Kerajaan PAS goyang kaki. Nanti datang tau ke program di bawah ini. Banyak benda nak tanya pada Azizan..
 
 


Harakahdaily 
  
ALOR SETAR, 13 Julai: Orang ramai dipelawa menghadiri Majlis Pelancaran dan Forum Kempen Perlembagaanku Peringkat Negeri Kedah pada 18 Julai ini, bermula jam 2.00 petang.
Majlis yang diadakan di Dewan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Kolej Universiti Insaniah itu akan dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak.
Berucap sebelum itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Peguam Kedah/Perlis, Ahmad Taufiq Baharum dan Setiausaha Majlis Peguam Malaysia, George Varughese di samping tayang video ‘Pesanan Khidmat Rakyat’.
Sembang-sembang Perlembagaan bertajuk ‘Hubungan Persekutuan dan Negeri’ yang membariskan Datuk Zaid Ibrahim, Haji Sulaiman Abdullah dan Prof Dr Aziz Bari diadakan selepas itu.

Read more: http://syburi-times.blogspot.com/2010/07/pas-parti-ajak-sembang-kerja-tak-payah.html#ixzz0uSyWVtrB

No comments:

Post a Comment