Monday, July 12, 2010

Sedia gugurkan Islam?


Hudud adalah matlamat kami.
Membangun bersama Islam.
Pemerintahan Ulama.
Negara Islam matlamat kami.

Ini adalah slogan-slogan yang menjadi ikutan pengikut-pengikut PAS di kampung-kampung, taman-taman dan pelusuk negeri Kedah khas dan Malaysia amnya. Di Kg Tok Aris, Jeneri, Sik, benteng konkrit didirikan bersebelahan surau mereka dengan slogan Hudud Matlamat Kami.

Ini pula kata-kata Mursyidul Am PAS yang menjadi pujaan pengikut-pengikut PAS yang begitu fanatik kepadanya.
"Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan Pas asalkan tidak mendirikan negara Islam" (Mursyidul AM PAS Nik Aziz Nik Mat: Petikan Berita Harian , 12 Mei 1999).

Apa sudah jadi wahai pengikut-pengikut PAS ? Terutama PAS Kedah ?

Kerjasama sudah terjalin dan sahlah tiada agenda PAS untuk hatta mendirikan negara Islam ... Inikan hudud yang dilaungkan sebagai matlamat pengikutnya!

Bukti kata-kata Nik Aziz sudah amat jelas. Kelantan selama belasan tahun dibawah PAS, satupun hukum Islam tidak dilaksanakan. Yang ada hanya slogan Serambi Mekah, Bandar Islam dan pelbagai 'make up' yang tidak memerlukan perlaksanaan yang sepenuhnya. Mana pergi hukum rejam ke atas penzina, hukum potong ke atas pencuri dan sebagainya. Inilah janji-janji pemimpin-pemimpin PAS kepada pengikut-pengikut serta rakyat Malaysia.

Di Kedah, juga mungkin terlalu awal diperkatakan tetapi janji tetap janji kerana PAS yang memerintah sekarang. Dan janji-janji ini telah sekian lama mereka taburkan kepada rakyat Kedah.

Malahan satupun undang-undang syariah yang ada sekarang tidak diperelok atau diperkukuhkan lagi hatta menegakkan yang belum ditegakkan seperti yang pernah dijanjikan.

Pergi jahanam dengan jawapan "ini pemerintahan kerajaan PR". Ini disebabkan PAS adalah majoriti dalam kerajaan. DAP hanya satu kerusi dan PKR tiga.

Apakah PAS Kedah terlalu pengecut atau takut kepada DAP sehingga menggugurkan semua slogan-slogan dan janji-janji dulu? Jika ini benar maka pemimpin PAS ada pengecut dan penipu. Bijak menanam tebu dibibir.

Atau PKR yang memiliki hanya 3 kerusi berbanding dengan PAS yang memiliki 16 kerusi. Atau PKR sudah terlalu berpengaruh sehingga PAS sendiri sudah menerima Islam Liberal sebagai asas perjuangan mereka.

Kalau diikutkan kata-kata Nik Aziz tersebut, sahlah PAS bukan lagi seperti sebelum berkuasa dulu. Islam sudah tiada dalam agenda lagi. Buktinya terang ... Kedah dan Kelantan.

Maka tertipulah lagi pengikut-pengikut PAS yang taksub dengan slogan-slogan penyedap hati serta kata-kata manis dibibir saja yang dihamburkan oleh pemimpin mereka.

Ingat Kominis tidak akan pernah sehaluan dengan Islam. Jika PAS boleh terima DAP, maka Islam sudah dibuang tepi.

Kembalilah bersama UMNO memperjuangkan Islam .. . . wahai pengikut-pengikut PAS.

Read more: http://syburi-times.blogspot.com/2010/04/kominis-bersatu-dengan-islam.html#ixzz0tXFrC8u8

No comments:

Post a Comment