Monday, July 12, 2010

Rakyat Kedah Sudah Muak, Mula Protes


1. Rakyat Kedah pada mulanya terperanjat dengan kemenangan PAS mengambil-alih kerajaan negeri dari Barisan Nasional pada PRU 2008 dulu. Walaupun hasrat sebenar rakyat Kedah hanyalah untuk memprotes tindak-tanduk Perdana Menteri Abdullah Badawi ketika itu, nyata mereka memberi protes yang terlalu besar sehingga kerajaan BN jatuh. Mungkin ini turut disumbang dengan protes kepada kepimpinan Umno negeri yang sehingga kini masih tidak sedar-sedar.

2. Rakyat Kedah memang nyata terkejut. Tapi yang lebih terkejut adalah penyokong PAS, malah pemimpin PAS sendiri terkejut kerana tidak bersedia memerintah negeri yang secara tiba-tiba dimenangi diserahkan kepada mereka oleh Dato' Seri Mahdzir Khalid.

3. Walaupun terkejut, rakyat menaruh harapan besar agar pentadbiran baru ini memenuhi janji mereka pada PRU lepas. Tetapi harapan lebih besar adalah dari penyokong-penyokong PAS yang telah lama berjuang untuk memenangkan PAS di negeri Kedah.

4. Antara harapan mereka adalah membersihkan "kekotoran" yang sering dijaja PAS sepanjang beberapa dekad menjadi pembangkang.

5. Paling besar lagi harapan ialah melihat perkembangan Islam diKedah dengan pelaksanaan Hukum-hukum Islam sebagaimana yang dituntut Agama dan menolak hukum-hukum yang dikatakan dari kerajaan toghut dahulu.

6. Tunggu dan tunggu, tiada apa perubahan, dan apa yang didengar ialah pemimpin PAS tidak tahu apa-apa tentang pentadbiran negeri. Perkara-perkara asas yang sudah menjadi prosedur asas pun tidak difahami, apatah lagi mahu mengubah dan memperbaiki apa yang ada.

7. Bimbang kemerosotan populariti akibat sikap tidak-tahu-apa-apa, nafi-sana-sini,  pemimpin-pemimpin mula bercakap kembali tentang hal-hal rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam pentadbiran untuk mengekalkan momentum populariti.

8. Mereka semakin bercakap keterlaluan tentang salah itu dan salah ini sehingga mereka lupa bahawa mereka adalah kerajaan dan bukan pembangkang. Maksudnya, jika ada salah dan tak betul, kenapa dijaja dan tidak diperbetulkan. Kuasa sudah ditangan.

9. Rakyat yang pada mulanya melihat tindak-tanduk mereka ini sebagai satu kelucuan bila mereka mempamerkan kedangkalan mereka kini mula merasa bimbang. Ini kerana pelawak-pelawak ini sedang mentadbir negeri.

Read more: http://syburi-times.blogspot.com/2010/05/rakyat-kedah-sudah-muak-mula-protes.html#ixzz0tX9NFJRr

No comments:

Post a Comment