Monday, July 12, 2010

Penyelewengan Akhlak yang amat dahsyat


1. DUSTA PERMAINAN PAS

PAS banyak melakukan dusta, menyeleweng fakta dan melemparkan tuduhan-tuduhan palsu terhadap UMNO  serta memberikan maklumat yang salah mengenai kerajaan dan agama kepada pengikutnya.

"PAS memperjuangkan Islam dan UMNO tak mahu memperjuangkan Islam. PAS Hizbullah dan UMNO Hizbus Syaitan. Orang Islam pilih hizbus syaitan, tidak pilih hizbullah". Ucapan bekas Ketua Pemuda PAS Pusat Haji Abu Bakar Chik di Batu Rakit Darat, Ktiala Terengganu pada 13 November 1983.

2. MAKI HAMUN AMALAN PAS

Pemimpin dan propagandis PAS sering mengeluarkan perkataan-perkataan menghina terhadap saudara muslimnya daripada UMNO, kata-kata kesat dan maki hamun. Pernah Presiden Parti itu, menghina keluarga Pak Lah dengan berkata "Badawi di negara Arab menjaga unta, tapi Badawi di Malaysia menjaga babi". Maki hamun, mencela dan menghina adalah lumrah di dalam ucapan para pemimpin PAS. Sikap dan perangai ini berterusan sehingga kini. Malah mereka membiarkan bukan Islam menggunakan ayat-ayat Quran untuk memcaci ahli-ahli UMNO yang beragama Islam.

3. FITNAH MEMFITNAH AGENDA PAS

PAS sering membuat fitnah dan mencipta berbagai pembohongan untuk memburukkan pemimpin UMNO. Antaranya, Tun Dr Mahathir  tidak wukuf di Arafah ketika beliau mengerjakan haji beberapa tahun yang lalu. PAS juga menyebarkan berita bohong kononnya Tun Dr Mahathir pernah jatuh kuda di Argentina dan mati. Terkini peruntukan RM4 Juta untu memburukkan Kerajaan Persekutuan dan UMNO semasa era Pak Lah. Sebenarnya apa yang disebut itu adalah fitnah semata-mata.

4. BENCI MEMBENCI AJARAN PAS

PAS menggunakan pendekatan membenci UMNO dan pimpinan-pimpinan kerajaan, BN dari peringkat anak-anak (di TASKI atau PASTI) hinggalah kepada segala pentas ceramah umum mereka. Terkini mereka cuba membentuk pengikut-pengikut supaya menolak sistem beraja. Dengan itu PAS berjaya membentuk penyokong-penyokong mereka yang bersifat keras, bengis dan tidak berakhlak mengikut akhlak Islam yang dibawa oleh Nabi s.a.w.

5. ALLAH DIPERMAIN OLEH PEMIMPIN PAS

Nik Aziz sanggup menghina Allah dengan mengatakan bahawa Tuhan juga mencarut. Semata-mata kerana hendak membela seorang ahli seumur hidup PAS yang menulis buku bernama "Shit". Dia juga sanggup menghukum boleh berkawan dengan syaitan, sedangkan syaitan adalah seteru Allah dan seteru orang beriman (Lihat lampiran). Dia juga yang telah menyokong doa butakan mata rakyat yang hendak mengundi Barisan Nasional dan memohon malapetaka ke atas ahli-ahli UMNO.

"Novel Shit karya Shahnon Ahmad adalah sumbangan besar kepada rakyat. Melalui novel tersebut rakyat diberi gambaran perkembangan politik negara yang amat buruk dan memerlukan perubahan segera". kata Presiden PAS, Dato' Fadzil Noor pada 24 April 1999 di Alor Setar, Kedah.

"Ajaran Islam tidak melarang umatnya mencarut asalkan kena pada masa dan tempat. Novel Shit, karya Shahnon Ahmad yang menggunakan perkataan mencarut dan lucah itu tidak bercanggah dengan Islam," kata Nik Aziz di Kota Bharu Kelantan.

Pada 27 Mei 1999, Nik Aziz meminta ahli-ahli PAS mengamalkan satu doa bagi "membutakan mata" pengundi-pengundi hantu dalam pilihan raya nanti. Doa ini berbunyi "Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak nampak simbol lain kecuali simbol PAS."Doa tersebut dibaca sambil diikuti oleh kira-kira 3,000 penyokongnya pada satu majlis makan malam dan ceramah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.

Terkini, PAS mendiam diri apabila pihak Kristian menuntut penggunaan nama Allah dalam penulisan mereka. MEreka sanggup bersekongkol dengan mereka yang berfahaman kominis dan Islam Liberal yang menyeleweng.

Read more: http://syburi-times.blogspot.com/2010/05/penyelewengan-akhlak-yang-amat-dahsyat.html#ixzz0tXBU73eA

No comments:

Post a Comment