Monday, July 12, 2010

Ustaz Azizan Tauke Besar Arak : Ada Bukti


Artikel ini dipetik dari satu blog. Berdasarkan siasatan kami, memang terdapat GLC Kedah yang menjual arak seperti yang didakwa blog tersebut sehingga kini. Patutlah PAS Kedah tidak kisah pasal hukum Zaid minum arak, bos besar PAS Kedah, Ustaz Azizan lagi hebat, siap jadi tauke arak.

Kami lampirkan artikel penuh seperti dibawah:


Tok ada bukti yang GLC Kedah jual arak. GLC tak banyak mana pun, kalau pembaca nak check sendiri pun sat ja boleh tau dah.

 
Tok tengok,
GLC Kedah adalah samada berada dibawah PKNK atau Menteri Besar Inc.

GLC Kedah juga di terajui oleh mereka yang dilantik oleh Kerajaan Negeri. Semua GLC Kedah tertakhluk kepada kawalan PKNK, dan sapa pengerusi (yakni orang yang paling berkuasa) PKNK? Jawapannya : Menteri Besar, Ustaz Azizan.

Jadi dari segi kuasa dan kemampuan mengawal GLC, memang Ustaz Azizan ni kira tauke la kepada semua GLC Kedah. Sebagai tauke, Ustaz Azizan ada kuasa penuh la nak halang penjualan arak. Awat Ustaz, arak dah boleh jual ka? Arak tu haram bagi orang Islam, bukan setakat minum saja haram, jual, hidang dan semua yang berkaitan adalah haram. Itu yang Ustaz dok ajar dulu.

Kalau Ustaz lupa, jangan lupa rujuk Al-Quran, Al-Quran tak lupa, isinya terpelihara. Yang lupa dan cuai adalah kita:

Maksud Ayat 90, surah al-Maidah.
Firman Allah SWT bermaksud: “Wahai orang yang beriman sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat kejayaan."

Tok tak setuju dengan fikiran fikiran orang sekarang lebih suka tengok “bekalan arak” ni sebagai hak orang bukan Islam. Ini lah salahnya sudut pandangan kita yang Tok minta dibetulkan, Sepatutnya kita melihat “kebebasan dari arak” adalah hak orang Islam.
Ini selaras dengan ayat diatas, yang mana pengharaman arak adalah hukum Qati’e, tak buleh dirunding lagi.
Macam mana nak halang pusat-pusat hiburan dan jualan arak yang lain kalau GLC pun jual? Macam mana nak halang maksiat yang lain, kalau raja maksiat (arak) dijual oleh GLC sendiri?

Dulu, kalau tak silap Tok, ada orang kata maksiat berleluasa, jumpa kondom sampai satu kampit baja Jangan la nanti, hak sekampit baja jadi seguni perut hijau, pasal raja maksiat dijual GLC sendiri.



Read more: http://syburi-times.blogspot.com/2010/04/ustaz-azizan-tauke-besar-arak-ada-bukti.html#ixzz0tXCaYG6v

No comments:

Post a Comment