Monday, July 12, 2010

Kerajaan Kucar kacir


Perrghhh, Sik sudah pun sudah ada tanaman anggur. Itulah bunyi penulisan laman pro kerajaan PAS tentang projek penanaman anggur oleh sebuah syarikat di tebing tasik Beris Jaya.

Tasik ini wujud adalah hasil perancangan kerajaan Zaman BN dahulu. Begitu juga projek tersebut yang pada bermula pada november 2007 dulu.

Apabila MB dan Exco nya membuat lawatan, mereka berbangga dengan projek ini yang bakal memperkenalkan Sik serta membawa lebih ramai pelancong kesana. Berbanggalah mereka berkata-kata apabila ditanya pemberita. Walhal mereka hanya memakai baju melayu dan songkok dan merasmi sahaja!

Begitu juga dengan Kampus Insaniah yang sedang dibina di Kuala Ketil. Heboh PAS memberitahu orangramai yang ini projek mega kerajaan PAS.

Realitinya peruntukan projek ini telah wujud lama dulu. Mulanya dicadang di Bkt Hanggus Sik; lepas tu kabarnya di cadangkan di Yan dan seterusnya di Alor Setar. Pilihan ke Kuala Ketil dibuat selepas PAS ambil alih kerajaan.

Lagi pakai songkok dan baju melayu!

Menteri Besar Azizan Razak dipetik sebagai berkata, “ Kerajaan Pas Kedah akan terus memberikan lesen untuk penjualan arak dan pusat perjudian selagi mana yang diperlukan di Kedah ".

Inilah pemerintah Islam yang diagung-agungkan oleh pengikut-pengikut PAS. Dimanakah nak sorok slogan-slogan 'Hudud matlamat kami', 'Membangun bersama Ulama", "Negara Islam matlamat kami" dan pelbagai lagi yang ditulis atas papan tanda atau tembok simen di hadapan markaz-markas PAS di seluruh Kedah?

Disarankan agar semua papantanda dan tembok ini di letak ini pula .....

Inilah belang sebenar pemimpin-pemimpin PAS yang gilakan kuasa dengan janji-janji Islam mereka yang sedikitpun tiada dihati untuk mereka tunaikan.

Jika dulu MCA tidak berkata apapun jika kita (UMNO) hendak mengharamkan arak dan judi secara terbuka, tetapi  DAP dapat mengertak PAS dari melakukan apa saja ke atas judi dan arak walaupun dengan  hanya SATU Kerusi sahaja. Kenapa terjadi begini? Ini kerana PAS hanya sayangkan kuasa. Pengikut hanyalah ibarat zombi yang mengikut arahan ketua tanpa banyak persoalan.

Pengikut-pengikut seolah-olah dipukau atau telah menjadi robot yang yang dikawal oleh pemiliknya. Atau mereka juga mungkin telah ada BAIAH kepada PAS! Kalau melawan ketua mungkin sesuatu terpaksa mereka tanggung! Hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui.

Hari ini semua tindakan-tindakan pemimpin mereka semuanya elok dan pandai; meneruskan penjualan arak dan judi adalah baik kata mereka kerana ini adalah adil bagi bukan Islam serta ianya hak bukan Islam. Bukankah  perkara yang sama yang dilakukan kerajaan terdahulu tetapi mereka melabelkannya kafir, munafik, haram, boleh perangi dan pelbagai lagi hukuman di letakkan. KENAPA?

Maka selepas 2 tahun lebih memerintah, kesimpulan yang boleh kita buat ialah:

1. Kerajaan pewaris saja.

2. Kerajaan gila kuasa sahaja

3. Kerajaan penakut kepada Kominis

4. Kerajaan tanam tebu dibibir saja

5. Kerajaan yang menipu penyokong

6. Kerajaan peralat Islam untuk kuasa

7. Kerajaan cari duit dengan balak dan pasir sahaja.

8. Kerajaan Baju Melayu dan Songkok untuk rasmi sahaja.

9. Kerajaan Tong drum kosong

10. Dan macam-macam lagi ......

Read more: http://syburi-times.blogspot.com/2010/05/kerajaan-kucar-kacir.html#ixzz0tXAU7xY9

No comments:

Post a Comment