Monday, July 12, 2010

PAS lebih DAP dari Lim Kit Siang


Tindakan PAS membantah Program Melayu Bangkit hanya menggambarkan bahawa Parti itu lebih terkehadapan dalam menentang isu berkepentingan Melayu.

PAS nampaknya sudah melutut sebegitu tulus di telapak kaki DAP, sehingga mereka kelihatan lebih DAP dari  Lim Kit Siang. Harakahdaily menyiarkan artikel ini bagi menggambarkan bahawa memang benar dakwaan DAP bahawa PAS tidak pernah berhasrat untuk mendirikan negara Islam.

Kalau dulu, PAS akan mengambil menjadi Pak Turut apabila melihat DAP memulakan serangan terhadap langkah-langkah memperkasakan orang Melayu (yang tidak pun menjejaskan kepentingan kaum lain). Tapi kini, setelah sekian lama, belum pun DAP bercakap, PAS sudah selangkah ke depan. Sebaliknya, apabila DAP membuat tuntutan yang berbau perkauman, PAS diam menyepi.

Nampaknya, PAS sudah menghafal jurus yang diajar DAP, apa saja program untuk orang Melayu akan diserang lebih awal oleh PAS. Kejayaan DAP mendidik PAS inilah yang menyebabkan Pakatan Rakyat mendapat sokongan hampir penuh dari kaum China.

Doktrin DAP sudah teruk meresap ke dalam PAS, sehinggakan PAS sanggup mengajar orang Melayu untuk memberi semata-mata. Sehingga seperti kita sedia maklum, dalam keadaan dimana orang Melayu yang lebih rendah kedudukan ekonominya diminta menyerahkan lagi hak-haknya kepada orang yang lebih baik kedudukan ekonominya.

PAS kini lebih DAP dari Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Lim Guan Eng. Melihat gelagat PAS ini, tidak hairan jika satu hari nanti, Lim Kit Siang terpaksa belajar dari PAS bagaimana menjadi DAP.

Read more: http://syburi-times.blogspot.com/2010/05/pas-lebih-dap-dari-lim-kit-siang.html#ixzz0tX9YvskV

No comments:

Post a Comment