Parti PAS
Sunday, July 25, 2010
Ajaran PAS
Tok Guru Haji Lah menulis,
"Penentangan saya terhadap kelompok ini bermula sejak tahun 1987 apabila seorang pemimpinnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan sifat 20 Allah SWT direka oleh Greek dan Yunani. Bagaimanapun saya mendiamkan diri kerana berpegang kepada dasar parti itu yang kononnya memperjuangkan Islam".
"Sejuta Taniah Di Ucapkan Kepada TGNA semoga TGNA di rahmati
Allah SWT, Amin".
Seterusnya Tok Guru Haji Lah (Gambar) menambah,
“Namun selepas berkali-kali melihat dan mendengar kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz biar yang bertentangan dengan Ahli Sunnah wal-Jamaah biar pun telah ditegur, ia mula membuka mata saya. Kami ahli Persatuan Pondok seMalaysia beberapa kali telah menasihati beliau tetapi tidak diendahkan.
“Untuk pengetahuan umum, Institusi pondok di Kelantan telah lama menentang ajaran-ajaran Nik Abdul Aziz tetapi tidak ada siapa berani bersuara dengan lantang seperti saya kerana telah termakan budi dan bimbang tidak menerima lagi bantuan seperti mana yang dinikmati hari ini.
diatas kelantangan Aruah "Tok Guru Haji Lah" (Gambar) menentang ‘ajaran-ajaran sesat’ Nik Aziz, pelbagai sekatan telah dipaksakan ke atasnya oleh Kerajaan Negeri Kelantan termasuklah tidak membenarkan beliau mengadakan kuliah di masjid-masjid di Negeri Kelantan. Bahkan sesiapa yang menghadiri kuliah Tok Guru Haji Lah akan disekat daripada menerima bantuan Kerajaan Negeri Kelantan sehinggalah ke akhir hayat beliau.
Al-Fatihah kepada Aruah "Tok Guru Haji Lah" (Gambar).
"Ya Allah, kurniakanlah kasih sayang kepada kami dengan Iman, Islam dan Jihad dan hiasinya di dalam hati-hati kami. Dan kurniakanlah kebencian kepada kami terhadap sifat kekufuran dan kefasikan dan maksiat dan jadikanlah kami di kalangan orang-orang yang mendapat petunjuk"
-Titanium-
Najib lawat TGNA
Nabi Muhammad turut berdoa kepada Allah supaya menurunkan bala kepada mereka yang zalim. - Nik Abdul Aziz, Oktober 2009 -
GEREJA KEBANGGAAN PAS YANG TERBESAR DI GOMBAK!
Salam Tuan Parpukari,
Saya sebenarnya simpan hasrat saya untuk tuliskan email tentang hal yang ingin saya sampaikan harini ketika mula mula keluar balik hasrat golongan agamawan yang mahukan kesatuan orang islam di Malaysia yang asasnya ditunjangi oleh orang melayu yang ramai berada dalam UMNO dan PAS. Tetapi setelah saya melihatkan kesombongan oleh ramai pemimpin PAS terhadap usaha murni ini untuk melihat perpaduan dikalangan umat islam-melayu maka saya rasa patut saya tulis email ini kerana ianya merupakan satu bukti jelas bahawa PAS tidak boleh memartabatkan agama islam sebagai agama yang suci dan tinggi sebagaimana termaktub dalam Al Quran dan perlembagaan negara Malaysia dan langsung tidak boleh jadi sebab kepada penyatuan umat islam-melayu di negara kita.
Untuk makluman Tuan Parpukari, satu gereja besar telah siap dibina pada tahun ini di Gombak. Seperti yang kita semua maklum bahawa Gombak diduduki oleh penduduk islam yang majoritinya hampir 80%. Dan menyedihkan lagi ialah pemimpin yang dipilih oleh majoriti penduduk sini ialah pemimpin islam yang dikenali dgn penampilan islamiknya yg sesuai dgn wakil politik PAS iaitu Dato' Hassan Ali.
Gereja yang besar ini sebagaimana yang 'diattached' di email ini adalah gantian gereja yang terbakar di Ampang. Semua penduduk di taman-taman di sekitar gereja melahirkan ketidakpuashatian kerana gereja ini dibina di tempat majoriti islam. Ramai yang merungut dan dan tidak kurangnya ada yang mahu mengadakan protes terhadap pembukaan gereja besar ini.
*Lokasi gereja ni adalah di belakang Giant Batu Caves dan di kelilingi oleh taman samudera utara, timur, barat dan selatan, taman greenwood, taman sri batu caves, taman selasih 2, taman samudera teres, taman desa minang, taman MELEWAR, taman gombak, taman berjaya, taman batu, taman berlian, taman bolton, taman sunway batu caves
Untuk makluman juga, saya kira telah sampai ke pihak gereja tersebut tentang ketidakpuashatian penduduk sekitar tentang pembukaan gereja ini kerana kehadiran bangunan gereja ini jelas apabila tiba hari ahad yang menjadi hari mereka berhimpun. Pihak gereja sudah menurunkan sign board " Gereja Metrotabenacle" yang mana sebelumnya telah dipasang untuk beberapa minggu.
Saya ingin menyampaikan hal ini kepada Tuan parpukari bagi membuktikan bahawa PAS memang tidak boleh harap untuk menjaga hati dan kebajikan orang islam. Agenda islam mereka hanya untuk meraih undi orang islam terhadap mereka.
Sekiranya PAS memerintah negara ini bersama DAP dan PKR sebenarnya agama islam akan diperkotak katik oleh golongan yang nampak beragama dalam PAS tetapi hati penuh dengan cinta dunia. Kita memang tidak tahu hati orang PAS cinta dunia tetapi dari tindak tanduk mereka memang sangat cinta dunia, buktinya sanggup bersekongkol dgn DAP dan PKR hanya semata mata nakkan kuasa.
Saya Tuan parpukari sebarkan cerita ini di blog tuan dan kawan2 blogger yang lain agar rakyat semua tahu tembelang PAS ni yang suka pada kuasa dan gunakan islam sebagai modal tetapi bila dah dapat kuasa biarkan hati orang islam tergadai dan terbiar. Inilah bahana bersekongkol dgn Anwar dan konco2 dlm PR.
Terima kasih
Thanks
Br/zahari

Thursday, July 22, 2010
SIAPAKAH YANG SESAT
Dari Abdullah bin Amru bin Ash, katanya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda, " Allah tidak menghapuskan ilmu (agama) dengan cara mencabutnya dari dada seluruh manusia, tetapi dengan cara mewafatkan para ulama. Apabila ulama sudah habis, umat manusia mengangkat orang-orang bodoh menjadi pemimpin mereka. Lalu mereka bertanya kepada para pemimpin yang bodoh. Si Pemimpin memberi fatwa tanpa pengetahuan, menyesatkan orang banyak, maka sesatlah mereka." (Sahih Bukhari 2297)
Parti PAS mengakui bahawa mereka mempunyia ramai ulama. Ini bertentangan dengan maksud hadith di atas yang mengatakan di akhir zaman, tiada ulama atau ulama sudah habis diwafatkan. Menurut hadith: " Allah tidak menghapuskan ilmu (agama) dengan cara mencabutnya dari dada seluruh manusia, tetapi dengan jalan mewafatkan para ulama".
Kalau benar PAS mempunyai ramai ulama tentulah kita ingin tahu dari mana datangnya mereka ini semua ? Menurut Hadith ini : Apabila ulama sudah habis, umat manusia mengangkat orang-orang bodoh menjadi pemimpin mereka.
Oleh itu jelaslah yang parti PAS mengangkat orang-orang bodoh menjadi pemimpin mereka. Apakah bukti bahawa mereka ini orang bodoh ? Menurut hadith di atas : Si Pemimpin memberi fatwa tanpa pengetahuan, menyesatkan orang banyak, maka sesatlah mereka semuanya.
Kalau diteliti, ternyatalah kebenaran hadith dari Rasulullah SAW ini, kerana didapati bahawa Dato' Nik Aziz banyak mengeluarkan fatwa, yang sebelum ini tidak pernah dikeluarkan oleh ulama yang muktabar atau imam yang mujtahid seperti Imam Shafie, Imam Maliki, Imam Al Ghazali, Imam An Nawawi dan lain-lain lagi. Persoalan yang timbul ialah adakah kesemua imam-imam ini kurang alim, sehingga tidak dapat mendahului Dato Nik Aziz mengeluarkan fatwa yang menghalalkan perbuatan memaki, bersahabat dengan syaitan, bersekongkol denga DAP yang menentang Islam dan menghina sesama Islam ? Bagaimana pulakah fatwa Dato' Nik Aziz yang mengatakan Allah mencarut ?
Persoalan seterusnya ialah PAS berkata "Cuma ulama sahaja yang layak menjadi pemimpin". Kalau begitu sudah tentu semua calon dari parti PAS, mestilah terdiri dari ulama. Masaalahnya ialah sejak bila Salehudin Ayob, Mohammad Sabu, Khalid Samad dan Mahfuz Omar menjadi ulama. Mereka semua mengaji kat mana ? Berapa juzuk AlQuran yang mereka hafal ? Jangan-jangan mereka ini orang bodoh yang diangkat oleh PAS sebagai ulama.
Ketahuilah! Sesuatu disampaikan oleh Rasulullah SAW adalah benar dan sebagai orang Islam kita kena yakin dan berpegang teguh kepadanya. Oleh itu marilah kita renung bersama-sama siapakah manusia yang dimaksudkan sebagai sesat dalam hadith tersebut di atas.
Posted by Syburi Times at 8:57 PM
Read more: http://syburi-times.blogspot.com/2010/07/siapakah-yang-sesat.html#ixzz0uT0L2CsH
Email Pembaca: DCCK - Di Celah-Celah Kehidupan
email pembaca:
nxxxx@gmail.com
Nota: Email ini kami siarkan tanpa edit, agar pembaca dapat menilai sendiri siapa sebenarnya orang PAS, berbanding imej mereka secara luaran. Kes ini bukan kes terpencil kerana kami dapati terdapat konsistensi dalam perangai puak-puak ini apabila dapat peluang ditempat tertutup.
Teruskan Membaca>>>
PAS - Kuat Bangkang Dan Tinggi Selera
Saya ini adalah seorang ibu tunggal yang bekerja di dalam syarikat yang separuh swasta separuh Kerajaan. Di tempat saya bilamana di sebut orang PAS, maka terdapat beberapa ciri-ciri khas pada mereka. Begitu juga dengan orang UMNO dan PKR. Tetapi saya lebih tertarik untuk berkongsi dengan pembaca tentang PAS.
1) Mereka adalah orang yang pertama ternanti-nanti berita-berita kenaikan gaji serta pemberian bonus sempena hari raya dan awal tahun baru. Jika tak dapat mereka yang paling lantang mengutuk dan mengeji Kerajaan.
2) Kebanyakan mereka selalu berbicara tentang agama tetapi ada satu lagi iaitu kegemaran bercakap secara 'double meaning' atau 'lucah'. Saya tak pernah lah lagi kalau bercakap dengan rakan-rakan lelaki lain yang berpartikan UMNO atau PKR terpaksa berhati-hati menuturkan ayat tetapi kalau dnegan orang PAS, tersilap cakap sikit saja mesti mereka akan tambah-tambah menjadi lucah.
3) Mereka langsung tidak menyenangi Kerajaan. Jika bercakap dengan mereka menyentuh UMNO ataupun BN, mereka mengeji-ngeji pemimpin-pemimpin BN terutamanya Menteri mereka sendiri.
4) Ada sesetengah mereka, bila membuat sesuatu urusan untuk pihak ketiga (selalunya rakyat) mereka akan lebih-lebihkan sesama ahli mereka sendiri. Kalau yang datang itu PAS maka jadilah ofis itu tempat ceramah yang bercerita merekalah yang paling baik. Paling berdispiln dan yang paling cekap. Padahal, sebelum pukul 1 tengah hari, pukul 12.30 dah angkat kaki. Kalau berurusan itu orang UMNO, maka habislah. Cakap sambil berdiri, sambil tangan masuk poket. Lepas tu ke satu sudut cari geng dan lawan mengutuk.
5) Pakaian dan penampilan mereka tidak kemas. Serebeh dan tidak kemas.
6) Selalu berprasangka buruk. Dosa, masuk syurga dan neraka ditentukan oleh meerka di dunia ini. Bila memberi perumpamaan, perumpamaan mereka begitu umum sama seperti penjelasan ustazah-ustazah di Tingkatan 5.
7) Amat bernafsu kalau berbicara tentangs seks. Saya telah menjanda selama 6 tahun. pada tahun ke tiga saya menjanda, saya pernah diapit dalam satu mesyuarat dengan 2 orang penyokong tegar PAS. Saya agak terkejut kerana mereka boleh bertanya pada saya, sudah berapa lama saya tidak rasa 'bersama'. 'Tak rindu ke'? Sebelah kiri membisikkan pada saya yang tubuh badan saya mengyiurkan. Sebelah kanan pula membisikkan betapa kalau saya jadi isterinya, senang dia nak 'chepung' masuk bilik. Saya benar-benar terpempam. Saya tak pernah dimalukan olah mana-mana rakan-rakan lelaki yang menyokong parti UMNO atau PKr ettapi dengan penyokong PAS, saya cukup serik.
8) Tak pernah berterima kasih kepada sesiapa pun. Baik kepada kakitangan bawahan mahupun ketua. Samalah dnegan sifat tidak berterima kasih kepada Kerajaan.
9) Apabila ada rakan-rakan yang tidak bersolat, tidak berpuasa dan sbeagainya, mereka tidak menegur atau berceramah untuk rakan-rakan kami insaf. Mereka langsung tak kata apa-apa. Yang mereka tahu, mereka kutuk di belakang. Berbeza dengan rakan saya yang kuat UMNO. Terang-terang memarahi dan mengingatkan rakan-rakan yang lain tentang dosa tak sembahyang.
10) Bagaimana nak percaya PAS boleh bawa kebaikan dalam pemerintahan sedangkan dalam ofis, yang paling susah untuk diperbetulkan dan berbincang adalah orang PAS. Mereka saja tahu itu ini. Padahal bagi kerja di tangan mereka langsung tak boleh menunjukkan persaingan. Buat ala kadar sahaja.
Kebaikan
1) Paling ke hadapan dalam usaha Kerajaan untuk meramaikan rakyat Malaysia sebanyak 60 juta.
TIDAK TERKEJUT PADA HARI INI BILAMANA MEREKALAH YANG PALING SEPI DALAM MEMBERI SEBARANG KOMEN TENTANG PRESTASI NEGERI KEDAH DIBAWAH PEMERINTAHAN PAS. SEBAB MEREKA HANYA LEBIH BERCAKAP DARI KERJA.
Posted by Syburi Times at 5:00 PM
Read more: http://syburi-times.blogspot.com/2010/07/email-pembaca-dcck-di-celah-celah.html#ixzz0uSzcbOTa
Gempar!!! Bukti Ustaz Azizan Tauke Arak
Sediakan GPS anda agar tidak tersalah tempat. Kami bagi bukti tepat dan jitu.
Lokasi anak syarikat kerajaan PAS yang menjual arak sebagai salah satu punca pendapatan adalah di:
5*24'17" Utara:
100*35'00" Timur
Hanya ada satu tempat saja dengan koordinat tersebut di atas muka bumi ini, tak boleh silap.
Syarikat ini kemudian menyalurkan keuntungan kepada Ustaz Azizan melalui parent company syarikat ini, iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah. Jadi jangan hairan jika elaun raya saja, Ustaz Azizan Rangkul RM20,000.
Tukang salur ialah CEO syarikat ini, iaitu Muhammad Sobri Osman (Cucu Saudara Ustaz Azizan).
Tukang mengarah ialah Pegawai Khas Kepada MB (Hal Ehwal GLC) iaitu Yusrain Zakri Adnan (Menantu MB yang juga AJK Pemuda PAS Kedah).
Oh ya, sebelum kami terlupa, dibawah ini, kami petik kenyataan Setiausaha Agung PAS pada 20 April 2010 untuk memberi sedikit cabaran kepada pembelit hukum:
"Umno, yang menerajui kerajaan pusat, yang memberi kelulusan kilang arak lebih banyak berdosa berbanding Datuk Zaid Ibrahim yang sudah bertaubat atas perbuatannya" Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali.
Dan disini juga boleh kita rujuk pendirian PAS tentang arak dan hasil arak. Itu tentang cukai dari hasil arak, kalau sendiri jadi tauke arak, faham-faham sendiri la noo.
Posted by Syburi Times at 11:59 AM
Read more: http://syburi-times.blogspot.com/2010/07/gempar-bukti-ustaz-azizan-tauke-arak.html#ixzz0uSyqO83R
PAS - Parti Ajak Sembang, Kerja Tak Payah Buat
Kalau sebelum PRU12, kita semua belum tahu bagaimanakah caranya PAS memerintah. Sekarang sudah masuk hampir 3 tahun, tak ada pembangunan lain selain tumpang bangga dengan Kolej Insanniah yang didirikan Kerajaan BN sebelum ini dan menganjurkan ceramah, ceramah dan ceramah. Punyalah banyak kelemahan yang telah Kedah Times dedahkan tetapi langsung tak dijawab samada dalam Harakahdaily.net atau ceramah khas menjawap isu KHTP, premis arak, pelacuran dan sebagainya. Marilah kita memeriahkan program Sembang-sembang ala kedai kopi yang akan diprofesionalkan oleh beberapa tokoh PR. Kedah Times harap peserta yang hadiri Sembang-sembang Perlembagaan ini tanyalah seberapa banyak soalan sebabnya Ustaz Azizan pun ada di situ. PAS memang lemah. Bila tak tahu nak jawab apa, mereka akan gunalah seberapa banyak ayat-ayat Al-Quran, hadis, pernyataan-pernyataan yang berbentuk keagamaan dan sebagainya yang akan menjadi penutup segala keluh kesah dan amarah penduduk. Contohnya 'Redha dengan segala macam kesusahan dan kepayahan adalah satu sifat terpuji'. Seronokkan rakyat Kedah? Tak payah kerja berat. Hari-hari kalau boleh PAS buat dan ajak rakyat Kedah dengar ceramah. Bila tang buat kerja, rakyat buat sendiri, Kerajaan PAS goyang kaki. Nanti datang tau ke program di bawah ini. Banyak benda nak tanya pada Azizan.. |
Harakahdaily |
ALOR SETAR, 13 Julai: Orang ramai dipelawa menghadiri Majlis Pelancaran dan Forum Kempen Perlembagaanku Peringkat Negeri Kedah pada 18 Julai ini, bermula jam 2.00 petang. Majlis yang diadakan di Dewan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Kolej Universiti Insaniah itu akan dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak. Berucap sebelum itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Peguam Kedah/Perlis, Ahmad Taufiq Baharum dan Setiausaha Majlis Peguam Malaysia, George Varughese di samping tayang video ‘Pesanan Khidmat Rakyat’. Sembang-sembang Perlembagaan bertajuk ‘Hubungan Persekutuan dan Negeri’ yang membariskan Datuk Zaid Ibrahim, Haji Sulaiman Abdullah dan Prof Dr Aziz Bari diadakan selepas itu. |
Posted by Syburi Times at 8:12 PM
Read more: http://syburi-times.blogspot.com/2010/07/pas-parti-ajak-sembang-kerja-tak-payah.html#ixzz0uSyWVtrB
Kenapa PAS perlu ditentang
1. Kita menentang PAS menyedari tindakan keterlaluan pemimpin-pemimpin dan pengikut-pengikut PAS sebagai penyelewengan aqidah, syariah dan akhlak, penyebar-penyebar fitnah, pengumpat, pencaci, pencarut, perosak perpaduan ummah dan pengkhianatan masa depan orang Melayu.
Selagi PAS menjadi juara tersebut, kita wajib berjihad menentang mereka, Rasullullah s.a.w bersabda:
"Sesiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ditegah menggunakan tangan, kalau tidak mampu gunakan lidah, kalau tidak mampu gunakan hati dan itulah selemah-lemah iman".
(Hadis riwayat Muslim).
2. Kita terpaksa menentang PAS kerana PAS boleh melemah dan menghilangkan kuasa politik orang Melayu apabila parti itu sanggup bekerjasama dengan DAP dan PKR serta seterusnya menerima tuntutan 17 perkara yang dikemukakan oleh persatuan Cina serta menolak hak keistimewaan orang Melayu.
3. Kita menentang PAS kerana penipuan pemimpin-pemimpin mereka yang memperalatkan Islam demi cita-cita politik sempit mereka. Dan tidak lupa pemimpin diam membisu apabila nama Allah dituntut penggunaannya oleh Kristian.
Posted by Syburi Times at 3:33 PM
Read more: http://syburi-times.blogspot.com/2010/07/kenapa-pas-perlu-ditentang.html#ixzz0uSy0NWyg
Ahli Politik vs Ulama
Kedah Times ingin bertanya kepada YB Datuk Mahfuz Omar beberapa soalan. Ini disebabkan beliau dengan beraninya berkata yang Tan Sri Harussani telah membuat fitnah serta melakukan pembohongan berhubung adanya pemimpin PAS dan UMNO menemuinya bagi mendapat pandangan bagi menyatukan kedua-dua parti.
Kepada pengundi-pengundi Parlimen Kuala Nerang, renungi dan fikirlah betapa 'low' nya wakil parlimen yang telah anda semua lantik.
1. Kenapa apabila Karpal Singh baru-baru ini menolak Islam yang dibawa oleh PAS tidak anda tentangi atau sergahi oleh YB? Mufti Perak bercakap atas nama orang Islam dan Melayu. Ini soal perpaduan Melayu dan Islam serta 'survival' bangsa yang beragama Islam ini.
2. Kenapa YB sangat takut dengan perpaduan umat Islam? Sepatutnya YB takut dengan Anwar Ibrahim yang terang-terang tunduk dengan Zionist Israel. Apakah YB ada saham juga ka dalam kes pertalian Anwar dengan Zionist?
3. Yang ini mungkin sensitif sedikit. Cuba renung kembali takuk mana ilmu YB berbanding denga Mufti Perak tu? Orang yang ilmu agama nya tinggi amat takut sekali nak membuat fitnah. Maklumlah fitnah ni ibarat macam ratah daging saudara sendiri!
4. Cuba baca balik disini. Apa yang YB dah laksanakan di Kuala Nerang? Jangan hanya harapkan pembangunan yang telah lama dirancang untuk Daerah Kuala Nerang saja. Yang YB rancang sendiri mana dia? Dapat jadi daerah barupun adalah hasil usaha dari kerajaan yang lalu. Jangan kata kami fitnah pula. Umat Islam bertambah pecahbelah ada la disana. Ini hasil dari kebijaksanaan YB merancang la. Sebab tu YB sangat-sangat tidak suka perpaduan sesama Ummah. Perpaduan bagi YB hanyalah untuk ahli PAS, PKR dan DAP saja. Ini dinamakan perpaduan taik kucing!
Nanti kita sambung lagi pasal YB Mahfuz ni. Kalau ronda Kuala Nerang, boleh lah kita lihat apa yang dia buat sebenarnya.
Read more: http://syburi-times.blogspot.com/2010/07/ahli-politik-vs-ulama.html#ixzz0uSvgFNXv
Tuesday, July 13, 2010
Akhirnya tembelang PAS terbuka jua
klik sini untuk artikel lanjut
Oleh MAHANOR SALEHA
PAS akhirnya terpaksa mencari jalan untuk menafikan penglibatan parti itu bagi melaksanakan propaganda memburuk-buruk kepimpinan Tun Abdul Ahmad Badawi semasa pentadbirannya. PAS yang hampir tersungkur dan berada dalam suasana ibarat telur dihujung tanduk selepas pilihan raya umum 2004, setelah kedudukan BN kuat dan mengancam kuasa politik negeri Kelantan, kerancakan memperburuk-burukkan peribadi pemimpin utama BN dilanyak secukup-cukupnya.
Ketika itu, PAS menjadi semakin tidak stabil dan gentar kerana kuasa pentadbirannya di Kelantan tercabar kuat. PAS hanya menang dengan majoriti 3 kerusi DUN manakala kedudukannya di Dewan Rakyat hanya sekadar mampu meraih 5 kerusi berbanding BN 9 kerusi. Kemenangan kecil dari segi kerusi itu menyebabkan PAS perlu melakukan sesuatu kerana khuatir jika tidak parti itu akan melepaskan tampok pentadbiran di Kelantan yang dikuasai sejak berakhirnya kepimpinan Tan Sri Mohamad Yaacob (Allahyarham) pada tahun 1990.
Kemenangan PAS ketika itu adalah disebabkan penggabungannya dengan parti serpihan UMNO, iaitu Semangat 46 yang membentuk Angkatan Perpaduan Ummah (APU), yang ditubuhkan setelah UMNO asal dibatalkan pada tahun 1988. Pembatalan UMNO ekoran desakan 11 orang ahli UMNO yang tidak berpuashati dengan keputusan pemilihan Presiden UMNO pada bulan April 1987, membawa kepada perpecahan di kalangan pemimpin-pemimpinnya. Setelah dibawa ke mahkamah, hakim Dato’ Ajaib Singh mengisytiharkan UMNO sebagai sebuah parti yang tidak sah kerana terdapat ahli-ahli yang tidak sah menjadi perwakilan dalam pemilihan pucuk pimpinan parti ketika itu.
Setelah UMNO diharamkan, Tengku Razaleigh mendaftar UMNO asal berasaskan semangat kewujudannya pada tahun 1946 dan pada hari yang sama UMNO (Baru) turut didaftarkan. Dalam perebutan tersebut, akhirnya UMNO (Baru) yang dipimpin oleh Tun Dr. Mahathir berjaya mengambilalih aset UMNO yang diharamkan setelah mencapai tahap keahlian yang ditetapkan oleh pemegang amanah. Bermula dari saat itu, Semangat 46 berkongsi kuasa dengan PAS menerajui Kelantan dan akhirnya ahli Semangat 46 sebahagian besarnya kembali ke pangkuan UMNO. Semangat 46 dibubarkan dan tinggallah PAS bersendirian meraih kuasa untuk terus kekal berkuasa di Kelantan pada pilihan raya umum 1999.
Akibat tidak banyak menyediakan kemudahan dan membantu rakyat, PAS semakin terdedah dengan pelbagai kritikan. Rakyat menjadi semakin muak dengan janji-janji PAS untuk membawa pengundi ke syurga dan kegagalannya melaksanakan hukum Hudud menjadikan parti itu hanya “bijak menembak, tetapi burung terus berterbangan.”
Kemuncaknya apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambilalih kuasa, beliau memperlihatkan pemaknaan kembali kedudukan Islam dengan memperkenalkan slogan “bekerja bersama-sama saya dan bukan untuk saya” dan gagasan Islam Hadhari telah memberikan pukulan berat kepada PAS. Setelah rakyat mula melihat nilai-nilai kepimpinan dan keislaman Tun Ahmad Badawi, kepimpinannya berupaya melonjak kembali pencapaian UMNO dan BN dalam pilihanraya umum 2004.
Kebimbangan tersebut menyebabkan PAS segera mengatur langkah untuk memperkuatkan jentera propagandanya. Pendedahan Syed Azidi Syed Aziz, yang dilantik sebagai Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan dan diberi tanggungjawab membuat penulisan memburuk-burukkan Tun Abdullah Badawi akhirnya menjadikan PAS semakin besar kepala apabila menang dengan bergaya pada tahun 2008. Kemenangan tersebut bukan sahaja menghampakan harapan Datuk Dr. Awang Adik Hussin untuk menjadi Menteri Besar Kelantan, tetapi turut menjadikan UMNO mengalami kekejangan. UMNO kalah teruk di Kelantan sehingga beberapa kawasan yang menjadi tempat kemenangannya tersungkur, termasuk yang turut ditandingi oleh calon PAS dari luar Kelantan.
Kickdefella menjadi begitu akrab dengan Datuk Husam Musa dan telah membantu menulis beberapa buah buku kecil sebagai risalah propaganda menolak setiap dasar yang dikemukakan oleh BN. Antara yang menyengat ialah apabila selepas pilihan raya umum 2008, Tun Abdullah Badawi mengumumkan kenaikan harga petrol sehingga ke tahap RM 2.05 seliter. Persoalan ini seterusnya membangkitkan banyak cerita duka, termasuk pelecehan pembangkang ke atas Menteri Penerangan, Ahmad Shabery Cheek yang berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dengan harga petrol.
Janji-janji pembangkang dalam piilihan raya umum 2008 ialah “hari ini memerintah, esok turunkan harga minyak” banyak membantu kemenangan dan pemesongan persepsi rakyat. Rakyat memberikan harapan yang besar kepada pembangkang untuk membantu mengurangkan perkara-perkara yang berhubung dengan “mengeluarkan wang dari poket” termasuk kenaikan harga barang, yuran pendidikan tinggi, bantuan kepada warga emas dan ibu tunggal, skim elektrik dan air percuma, dan sebagainya.
Perkara-perkara begini telah menjadikan Kickdefella semakin menyengat dan terkenal dengan penulisan pedasnya. Beliau turut menyusurgalurkan beberapa catatan mengenai royalti minyak gas yang sepatutnya diterima oleh Kelantan setelah telaga minyak berjaya mengeluarkan hasil di perairan negeri itu. Hasil penyelidikan dan kepintaran penulisan Kickdefella akhirnya lebih ramai rakyat percaya Kelantan berhak mendapat royalti dari pengeluaran gas tersebut. Bagi menyakinkan orang ramai, Husam Musa mengajak para wartawan meninjau sendiri pelantar minyak yang terbabit, kerana menurut dakwaan masih dalam perairan Kelantan.
Rombongan wartawan yang menyertai ekspedisi itu akhirnya membuat rumusan bahawa perjalanan mereka amat menyiksakan, terpaksa berhimpit-himpit dalam bot nelayan manakala Husam Musa tiba dengan bot yang berlainan dan lebih selesa. Walau apa pun, kerana strategi media yang dihulurkan oleh Syed Azidi menjadi, akhirnya ramai yang percaya bahawa telaga minyak dan gas tersebut dalam perairan Kelantan sehingga memaksa kerajaan pusat mengisytiharkan Kelantan berhak mendapat hasilnya.
Meskipun pemberian itu dalam bentuk wang ehsan sebanyak RM 20 juta, sekurang-kurangnya terbukti bahawa Kelantan mempunyai hak dan berkait dengan perjanjian dengan Petronas. Isu ini masih belum selesai, dan Tengku Razaleigh kembali mengambil peranan sebagai orang tengah.
Pendedahan Kickdefella mengenai saluran peruntukan lebih RM 4 juta untuk memburuk-burukkan Tun Abdullah Ahmad Badawi benar-benar menyebabkan ramai pihak tersintak. PAS sendiri semakin hilang punca apabila Husam Musa sendiri menafikannya dan tidak mengetahui tentang penyaluran biaya itu. Bagi yang mengetahui hubungan rapat Syed Azidi dengan Husam Musa tentunya boleh membuat andaian bahawa itulah yang akan dilakukan oleh bekas orang kuat Menteri Besar, dan kecundang dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PAS dengan Nasharudin Mat Isa.
Husam juga menjadi seorang begitu kuat menentang gagasan “Kerajaan Perpaduan” yang dicanangkan oleh Tuan Guru Haji Hadi Awang dan didokong kuat oleh Nasharudin Mat Isa, kerana beliau takut jika ianya menjadi realiti, kedudukan dan projek ternakan kambing di Pasir Mas akan kehilangan tampok. Masa depan politiknya bukan sahaja menjadi semakin suram dan malap, malah terpaksa melupakasan hasratnya menjadi Menteri Besar selepas persaraan Nik Abdul Aziz. Husam pernah disebut-sebut sebagai pengganti jika sekiranya Nik Aziz berundur manakala Nik Amar akan mewakili kumpulan ulamak.
Kerana Nik Aziz takutkan golongan professional memimpin PAS, maka beliau terus memperkatakan mengenai kepimpinan ulamak. Riuh gempita jadinya apabila Nik Aziz menjelaskan bahawa PAS perlu dibersihkan dari “dua tiga kerat pemimpin”, yakni mereka yang tidak berlatarbelakangkan pendidikan agama yang semakin besar berada dalam kelompok kepimpinan PAS.
Propaganda PAS menjadi semakin hebat melalui kepakaran gerak saraf yang ada dan bentuk kempennya memanglah agresif. Kerana itu kedudukan Nik Aziz sebagai “nakhoda PAS” menjadi kuat berbanding dengan kedudukan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang selaku presiden, kerana Kickdefella turut menggunakan “line of propaganda” yang jelas, iaitu Haji Hadi telah gagal mempertahankan Terengganu setelah hanya mampu berkuasa sepenggal.
Garis propaganda yang dibuat itu benar-benar memberikan kesan bahawa kepimpinan Haji Hadi hanya berupaya setakat parlimen Marang dan DUN Rusila sahaja. Bagi negeri Terengganu pun pengaruhnya tidaklah sekuat mana, dan kerana itu ia menjadi terlalu lemah sehingga dapat dikalahkan oleh gerakan Gelombang Biru pimpinan Idris Jusoh dan dinasihatkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi, selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu semasa PAS mentadbir negeri telaga minyak itu.
Bagi menggambarkan kekuatan dan kezuhudan kepimpinan Nik Aziz, Syed Azidi turut menulis buku mengenai Menteri Besar, Buku bergambar yang mempamerkan sikap dan kehidupan harian Nik Aziz jauh dari kemewahan benar-benar menerbitkan rasa sayang rakyat kepada Mursyidul Am PAS itu. Namun akhir-akhir ini, imej Nik Aziz menjadi semakin buruk kerana tidak ada lagi pihak yang bersungguh-sungguh mampu melancarakan serangan balas ke atas sebarang kritikan yang diterima termasuk pembiayaan mengerjakan haji walaupun telah ditolak akhirnya, sikap Nik Aziz yang double standard (bukan Islam boleh mencaci Islam, tetapi menghukum orang Islam yang mempersoalkan apa yang beliau dan PAS laksanakan termasuk penggunaan kalimah Allah, mengiyakan pembohongan Anwar Ibrahim mengenai projek 16 September) dan sebagainya.
Pendedahan Kickdefella bahawa 5 orang yang terlibat dalam pembiayaan tersebut menyebabkan Husam Musa kecut perut kerana beliau memangnya tahu mengenainya. Husam merupakan orang yang membawa masuk Syed Azidi dan memberikan perakuan untuk dilantik sebagai Setiausaha Akhbar, dan banyak mengetahui mengenai pelan propaganda yang dilancarkan. Nama salah seorang EXCO yang menyalurkan biaya tersebut tidak disebut tetapi ramai sudah membuat tekaan berdasarkan beberapa petunjuk jelas.
Mereka yang lain termasuk dalam senarai “Geng 5” ialah
seorang ahli majlis kepada sebuah kerajaan tempatan, pengarang sebuah akhbar propembangkang, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan dan pemimpin Dewan Pemuda Pas Kelantan. Peruntukan tersebut disakurkan melalui syarikat perunding media, iaitu Global Media Channel Sdn Bhd (GMC) yang beribu pejabat di Jalan Kota Darul Naim dan mula menjalankan operasinya bulan Julai 2007.
Menurut Syed Azidi lagi, sumbangan terbanyak diperoleh daripada ahli majlis terbabit bermula Julai 2007 sehingga November 2008 yang dianggarkan berjumlah lebih kurang RM2.66 juta. Ahli majlis tersebut juga adalah pemilik bangunan, yang dibelinya dengan harga RM 1.2 juta setelah Syed Azidi memilihnya antara Mei hingga Julai 2007.
Syed Azidi menjelaskan “jumlah yang sama juga diberikan peguam ini di antara Mac sehingga Mei 2008 untuk membayar hutang pilihan raya GMC. Kesemua wang ini dibayar kepada seorang pemilik syarikat percetakan.” Bangunan tersebut turut diubahsuai bagi menempatkan sebuah studio kedap bunyi, pusat operasi media, kelengkapan ICT di samping sebuah ruang pejabat.
Ketika beliau ditahan, menurut Syed Azidi lagi “sejumlah RM160,000 diberikan secara tunai pada 17 September 2008 kepada salah seorang pengarah syarikat ini dan seorang individu untuk membayar kos operasi bulanan GMC dan Pas TV manakala baki RM100,000 diberikan kepada saya pada November 2008 untuk operasi GMC.”
Walaupun ditempelak oleh Exco Kanan Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa atas dakwaan menerima wang lebih RM4 juta untuk menjalankan operasi gerak saraf bagi mewujudkan persepsi buruk terhadap kepimpinan Abdullah dan memastikan Pas menewaskan Barisan Nasional (BN) di Kelantan, Syed Azidi tetap menegaskan Husam mengetahui operasi yang dijalankan oleh syarikat terbabit.
Penyumbang kedua terbesar bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan, iaitu sebanyak RM1.28 juta yang dibuat melalui sebuah syarikat di antara Mei 2007 sehingga Januari 2009. Kesemua wang tersebut diserahkan secara berasingan di tiga tempat, iaitu di pejabat GMC, di rumahnya yang terletak di Demit (berhampiran Hospital USM, Kubang Kerian) dan si tempat meletak kereta Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
Belanja permulaan ubahsuai dan pembelian perabut sebanyak RM 500,000 , pembelian ICT sebanyak RM 150,000 secara berperingkat-peringkat antara “Mei 2007 sehingga Mac 2008. Baki RM630,000 lagi untuk operasi dan kerja-kerja GMC diberi secara tunai juga secara berperingkat-peringkat dari Disember 2007 hingga Januari 2009.”
Antara Jun hingga Ogos 2007, sebanyak RM 350,000 diserahkan secara tunai dan cek bagi membeli peralatan penggambaran bagi kegunaan operasi GMC oleh seorang pengarang akhbar propembangkang. Butiran lengkap jumlah yang diterima daripada Dewan Pemuda Pas negeri tidak diperincikan namun “Saya juga menerima wang daripada exco terbabit sebanyak RM40,000 secara tunai di tempat letak kereta hadapan pintu masuk orang kenamaan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra sebagai persediaan mewujudkan GMC di antara Jun hingga Julai 2007.”
Syed Azidi turut menyelar cabaran yang dibuat oleh Setiausaha Akhbar Menteri Besar yang mengambilalih tempatnya setelah ditamatkan kontrak, bahawa sumbangannya memanglah besar dalam usaha meremehkan kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi sehingga ramai melihatnya sebagai lemah dan gagal memacu Malaysia lebih “cemerlang, gemilang dan terbilang” walaupun itulah moto yang ingin dibentuk melalui “towering personality.”
Bekas Pegawai Perhubungan Awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) turut menempelak Ahmad Fadhli yang juga Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan kerana membuat kenyataan mendahului kepimpinan parti tersebut. Beliau tetap menanti “menanti Setiausaha Akhbar Menteri Besar membawa isu ini kepada ‘pimpinan parti’ dan jika ‘pimpinan parti’ bersependapat dengan beliau bahawa saya perlu dedahkan nama individu-individu tersebut, diharap Setiausaha Akhbar Menteri Besar akan dapat membuat pengumumannya”.
Ahmad Fadhli sebelum ini meremehkan sumbangan penulis blog yang mempunyai hits tinggi itu supaya mendedahkan mereka yang terbabit menyalurkan sumbangan bagi membiayai aktiviti geraksaraf memburuk-burukkan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Husam pula mempertikaikan mengenai keperluan melaksanakan aktiviti geraksaraf dan berbelanja sebanyak itu kerana “memangnya imej bekas Perdana Menteri telah buruk secara semulajadi.”
Kesan daripada pendedahan menerima sumbangan lebih RM 4 juta melalui Global Media Channel (GMC) Sdn. Bhd., Syed Azidi turut dituduh oleh sebuah blog yang menamakan ruangan siber itu sebagai Tulang Besi, “sebagai Spy Mahathir, Agen UMNO, Ketua Task Force 13, Agen CIA, FBI dan Mossad. Setidak-tidaknya, kemukakan hitam putihnya. Saya pasti ramai yang ingin melihat buktinya. Saya pun sama. Hendak juga saya tuntut gaji dan elaun dari ‘majikan’ saya itu.”.
Dengan pendedahan tersebut dan pengumpulan bukti oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, pemimpin PAS semakin kecut perut kerana keghairahan mereka untuk terus berkuasa sebenarnya lebih hebat daripada wawasan teori politik Niccolo Micheavelli yang ditulis pada tahun 1513 dan diterbitkan pada tahun 1532, iaitu lima tahun selepas kematiannya (3 Mei 1469 – 21 Jun 1527). Nampaknya PASlah yang benar-benar mempraktikkan teori politik yang diasaskan oleh ahli falsafah Itali itu ke dalam perjuangannya untuk mengekalkan kuasa, kerana pemimpin yang sering berselindung dengan nama Islam itu sedar kuasalah yang menentukan kelangsungan politik mereka.
Seperti kata pepatah, mutiara akan muncul juga akhirnya meskipun lumpur sentiasa menyalutinya. Sampai ketika, hujan akan menghanyutkan lumpur tersebut, mutiara tidak juga hanyut kerana mutiara tetap mutiara, ia adalah permata asli dan bukannya bersalutkan pewarna tiruan. Lumpur yang dicalitkan oleh PAS ke atas mutiara UMNO menjadikan sinarnya semakin jelas dan berkemilau. PAS terus dibelenggu sindrom gadis cantik, tetapi penuh dengan parut kudis yang sukar lagi dihapuskan. Gadis cantik pula sentiasa bimbang mengenai usianya yang semakin tua, maka ditempelkanlah pelbagai bahan kosmetik termasuk memasukkan susuk ke dalam anggota tubuhnya agar terus kelihatan menarik dan menawan.

SENARAI PEMBOHONGAN PAS DI TERENGGANU
1. PECAT DAN TUKAR PEGAWAI: Menteri Besar Haji Hadi Awang sebaik dilantik menjadi Menteri Besar pada 1 Disember 1999 berjanji tidak akan balas dendam kepada penyokong Umno, tetapi beberapa hari selepas itu pegawai dan kakitangan kerajaan negeri yang menyokong Umno ditukar dan dipecat.
2. TUDUH BERLORI-LORI FAIL PENYELEWENGAN TANPA BUKTI: Haji Hadi membuat ketika berucap di perhimpunan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah selepas menang berkata, terdapat berlori-lori fail penyelewengan Kerajaan BN Terengganu yang lalu, tetapi sampai sekarang satu pun tidak dapat dibuktikan.
3. JANJI NAK BUAT KHARAJ: Pada 4 Disember Haji Hadi umum di Masjid Pulau Rusa bahawa akan mengadakan Kharaj (cukai untuk bukan Islam) tetapi sampai sekarang tidak dilaksanakan.
4. BERBOHONG JUMPA MINYAK DI DARATAN: Pada 25 Oktober 1999 Haji Hadi selepas mempengerusikan mesyuarat Exco mengumumkan bahawa telaga minyak ditemui di daratan Terengganu (Warta DarulIman 13-22 Disember 2000) dan akan jalankan carigali sendiri, tetapi pada persidangan Dewan Undangan Negeri Haji Hadi berkata pada Disember 2000 berkata “Cuma ada tanda awal yang mungkin ada.”
5. WANG EHSAN HARAM: Haji Hadi berkata di Gemuroh pada 20 Januari 2001 wang ehsan adalah haram, tetapi selepas itu berkata halal pula setelah Kerajaan Pas Terengganu turut mendapat wang berkenaan. Pada 4 Februari 2002 Haji Hadi meminta semua agensi negeri yang menerima wang ehsan agar mengambilnya.
6. BENAR TERNAK KHINZIR: Pada 15 Disember 1999 Haji Hadi menarik balik larangan menternak babi oleh Kerajaan BN sebelum ini dengan motif mendapat sokongan bukan Islam, sedangkan sebelum ini beliau menentang sebarang bentuk tolak-ansur dan pakatan dengan bukan Islam/Melayu.
7. LULUS 8 LESEN ARAK: Dulu tuduh Kerajaan BN tidak Islam kerana benarkan jual arak, tiba-tiba bila memerintah Kerajaan pada tahun 2000 Pas Terengganu meluluskan 8 lesen penjualan arak di Terengganu dengan alasan Islam tidak menghalang berbuat demikian.
8. HADI BERPELUK-CIUM DENGAN LIM KIT SIANG:Dulu pemimpin Pas kata tidak boleh berpakat dengan bukan Islam kerana jadi kafir jika berbuat demikian, tiba-tiba Pas bukan sahaja berpakat dengan DAP tetapi Haji Hadi berpeluk-cium dengan pemimpin DAP, Lim Kit Siang.
9. BUKA DAN TUTUP LOMBONG EMAS LUBUK MANDI:Dulu tuduh kerajaan BN zalim kepada rakyat kerana tutup lombong emas di Lubuk Mandi lalu dibuka semula kononnya untuk bela rakyat, tetapi sekarang ini ditutup kembali kerana tiada sambutan dan tidak menguntungkan.
10. TARIK BALIK PERUNTUKAN ADUN BN: Dulu pada tahun 2000 peruntukan RM100,000 diberikan kepada empat wakil rakyat BN kononnya Kerajaan Pas adil, tetapi mulai 2001 dihentikan.
11. GUNA KERETA MEWAH: Dulu tuduh pemimpin Kerajaan Umno guna kereta mewah tetapi pada 5 Februari 2001 Haji Hadi ketika beucap di Kompleks Seri Iman mempertahankan Exco Kerajaan Pas menggunakan kereta mewah (Mercedes) dengan alasan untuk lebih laju, selesa, elak kerosakan dan cepat sampai.
12. TIPU SULTAN MENGENAI PENERBANGAN Haji Hadi sewaktu berucap di hadapan Tuanku Al-Sultan berbohong dengan mengatakan kekerapan kapalterbang di Terengganu ialah 11 penerbangan sehari sedangkan perkara itu tidak benar sama sekali.
13. TAK BACA FATIHAH: Exco Pas Abu Bakar Chik tidak baca al-Fatihah semasa mengimamkan solat Jumaat dipertahankan oleh Ketua Dewan Ulamak Pas, Harun Taib dengan mengatakan baca perlahan, tetapi mengapa pula Abu Bakar sujud sahwi?
14. WARTAWAN DITUDUH KERA: Pada Februari 2002 sewaktu berucap di Dungun, Haji Hadi melebelkan wartawan sebagai golongan yang lebih hina dari kera atau tupai dan apabila Kelab Wartawan Terengganu (KAWAT) membuat bantahan Haji Hadi berdalih bahawa dia tidak tuduh wartawan di Kuala Terengganu tapi Ketua-ketua Pengarang di Kuala Lumpur. Pada Ogos 2002 Haji Hadi berjumpa dan memuji pula Ketua-Ketua Pengarang di Kuala Lumpur.
15. DAPAT MASUK KUSZA TANPA SPM: Dapat masuk Kusza tanpa memiliki sijil SPM, terdiri dari pelajar sekolah Pas di Kubang Lembik, milik Dato’ Harun Taib dan Rusila milik Haji Hadi sendiri; sedangkan syarat yang ditetapkan oleh KUSZA, pelajar mestilah lulus SPM.
16. BAHASA INGGERIS DITENTANG: Haji Hadi berkata Pas menentang pengajaran matematik dan sains Bahasa Inggeris tetapi peliknya ikut serta melaksanakan pengajaran itu di peringkat sekolah agama negeri Terengganu.
17. SAR DIBELA TAPI HANTAR ANAK KE SEKOLAH KERAJAAN: Mengecam sekolah kebangsaan dan menghasut rakyat berkaitan isu penarikan bantuan kepada SAR tetapi anak pemimpin Pas belajar di Sekolah Kebangsaan dan institusi pendidikan milik Kerajaan.
18. PUSAT HIBURAN DAN UNISEX SALON: Unisex saloon dan pusat hiburan dikatakan sudah dihapuskan di Terengganu tetapi sebaliknya berada di mana-mana di Bandar Kuala Terengganu
19. HADI TAK DAPAT MASUK KE CHINA:Haji Hadi tidak dapat masuk ke negara China, Warta Darul Iman melaporkan Haji Hadi selamat tiba mengetuai rombongan pelaburan ke China.
20. HISBAH TAK BERFUNGSI: Suruhanjaya Hisbah yang diwujudkan oleh Kerajaan Pas Terengganu tidak menjalankan peranannya membanteras penyelewengan, sedangkan skim gaji Pesuruhjaya sama dengan Setiausaha Kerajaan Negeri.
21. EXCO AMBIL ELAUN DALAM SYARIKAT KERAJAAN: Haji Hadi berkata, Exco yang menduduki anak syarikat Kerajaan tidak ambil elaun dan buat sementara sahaja, tetapi bohong, tahun 2001 Wan Mutalib dibayar elaun RM42,408 dalam Epic (syarikat milik Kerajaan Negeri).
22. ANAK EXCO PUN DAPAT WANG ZAKAT: Wang Zakat dipergunakan sesuka hati oleh Pas termasuk dibelanjakan untuk bayar elaun kader Pas antara RM600 dan RM800 sebulan dan wang zakati itu juga diberikan bantuan kepada sekolah-sekolah milik parti Pas.
23. SYARIKAT KERAJAAN TERUS RUGI: Syarikat Kerajaan Negeri didakwa untung di bawah pentadbiran Pas tetapi sebaliknya banyak yang rugi, Pelangi Air rugi RM208 juta, Ladang Rakyat, Syarikat Percetakan Yayasan Islam dan lain-lain, bahkan ada yang dijual oleh Kerajaan Pas.
24. KRONI PAS CETAK WARTA DARUL IMAN: Akhbar rasmi Kerajaan Pas Warta Darul Iman dicetak oleh kroni Pas, Angkatan Edaran di Shah Alam, tetapi dicatatkan di akhbar berkenaan kononnya dicetak oleh Percetakan Yayasan Islam Terengganu.
25. MAKSIAT BERLELUASA, POLIS DITUDUH: Terbaru awal Mei 2003 Haji Hadi membuat kenyatan bahawa Polis membawa masuk maksiat ke Terengganu. Tetapi apabila dicabar supaya membuktikan, beliau gagal membuktikannya dan membuat alasan hendak menyatakan hanya kepada Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi sendiri.

Artikel lanjut klik sini
Gagal
Sebab itulah apabila rancangan 16 September gagal, Pengerusi DAP, Karpal Singh yang sememangnya menentang perbuatan lompat parti mengeluarkan kenyataan yang cukup keras pada 8 Februari 2009, apabila menegaskan, Anwar tidak layak memimpin parti itu kerana mempromosi budaya lompat parti.
"Anwar Ibrahim harus bertaubat kerana perbuatannya, Pakatan Rakyat sepatutnya memohon untuk mendapatkan seorang pemimpin yang baru bukannya pemimpin yang mengamalkan budaya ini," kata Karpal.
Tetapi kemarahan Karpal hanyalah seketika apabila Anwar terus dibenarkan memimpin pakatan pembangkang, biar pun kini jelas Anwar adalah pemimpin politik yang mengamalkan pendekatan matlamat menghalalkan cara.
Walaupun kini segala tembelang dan 'topeng raksaksa pelbagai wajah' Anwar sudah didedahkan oleh Zahrain, namun pemimpin-pemimpin pembangkang masih setia ingin menyokong beliau sebagai pemimpin utama mereka.
Ia terbukti apabila Zahrain diserang hebat oleh pemimpin-pemimpin berkenaan termasuklah oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dianggap oleh Anwar ketika dalam kerajaan bahawa beliau 'ulama terompah'.
Secara tiba-tiba Nik Abdul Aziz bercakap soal tipikal ahli politik Melayu yang mendedahkan kepincangan bekas parti mereka. Tetapi Nik Abdul Aziz tidak pula mahu mengulas apa pula dosa Anwar apabila melakukan pembohongan dengan mempergunakan nama Yang di-Pertuan Agong dan ATM.
Apakah kerana pendedahan itu melibatkan Anwar maka segala pendustaan dan penipuan oleh Ketua Pembangkang tersebut boleh 'dihalalkan'? Yang manakah lebih berdosa mendedahkan kebenaran seperti mana dilakukan oleh Zahrain atau pembohongan yang dibuat oleh Anwar?
Penulis yakin tidak semua pemimpin dan ahli Pas berkongsi pandangan dengan Nik Abdul Aziz biarpun beliau seorang Mursyidul Am. Ia kerana yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah.
''Sebenarnya, pendedahan Zahrain telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam Pas kerana tidak semua dalam parti sukakan Anwar,'' kata seorang pemimpin muda Pas ketika dihubungi.
Jika pembangkang menganggap pendedahan Zahrain disebabkan beliau sudah menjadi 'askar upahan' kepada BN, kenapa mereka tidak mendesak Anwar supaya membuat penjelasan bagi membersihkan namanya.
Tindakan meninggalkan sidang Dewan Rakyat dan menganggap 'itulah bahana apabila sudah menjadi alat UMNO'', bukanlah tindakan yang bijak kerana ia hanya mendedahkan Anwar kepada tuduhan bahawa beliau hakikatnya tidak sanggup menerima kebenaran yang dipaparkan oleh Zahrain dan seorang yang pengecut untuk mempertahankan diri.
Jika beliau di pihak yang benar sudah pasti Anwar tidak akan ke London untuk bertemu kawan baiknya yang juga bekas Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Al Gore.
Ini kerana tuduhan Zahrain adalah serius dan memerlukan jawapan balas daripada beliau tetapi Anwar tahu segala yang Zahrain dedahkan adalah satu kebenaran. Sebuah kebenaran tidak boleh ditutup bak kata lagu Jay Jay dalam lagu Rindu Bayangan; ''berputar-putar membelitkan kata-kata'' - yang sebelum ini menjadi 'alat' untuk Anwar meraih sokongan sebahagian rakyat.

Kickdefella dakwa ‘dana’ PAS tawan Putrajaya RM200 juta
May 08, 2010
KUALA LUMPUR, 8 Mei — Blogger Kickdefella (pic) terus ‘menyerang’ Datuk Husam Musa dan PAS dengan mendakwa Exco Kerajaan Negeri Kelantan itu pernah memberitahunya akan mengusahakan RM200 juta untuk membolehkan mereka menawan Putrajaya.
“Terima Kasih YB Datuk Husam Musa di atas penjelasan itu (kepada Harakah Daily). Sekarang Husam sudah jelaskan beliau berusaha mencari duit bagi dilaburkan untuk mengukuhkan PAS.
“Saya tahu ada pimpinan lain dari PAS juga hebat mencari duit. Kalau Husam laburkan RM4 juta untuk GMC (Global Media Channel) dan akan usahakan RM20 juta (sebenarnya RM200 juta kata Husam pada saya) untuk tawan Putrajaya, ke manakah wang yang dicari oleh pimpinan PAS lain dilaburkan?” kata Kickdefella yang nama asalnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz dalam blognya.
Syed Azidi yang telah dua kali disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata “pimpinan yang pandai cari duit ini bersorak-sorak bila mereka sangka saya menyerang Husam.”
“Sekarang mahukah mereka bersorak-sorak mendedahkan bahawa wang yang mereka cari hasil jual beli balak dan projek Kerajaan negeri juga mereka laburkan untuk Parti? Adakah mereka seberani Husam?” katanya.
Seterusnya tulisan Syed Azidi menyoal sama ada Setiausaha Akhbar Menteri Besar Ahmad Fadhli Shaari, Timbalan Speaker DUN Kelantan Mohamad Zaki Ibrahim mahu mencabar “blogger murahan dan blogger budak-budak kampung ini dedahkan itu juga?”
“Kalau mahu silakan, saya dah rindu dendam mendengar kenyataan media anda berdua,” katanya lagi.
Dalam kenyataan dipetik Harakah Daily semalam, Husam berkata, memandangkan Umno mendakwa beliau menggunakan peruntukan RM4 juta sehingga menyebabkan bekas perdana menteri Tun Abdullah Badawi tersingkir dan Umno Kelantan semakin tenat, beliau akan meneruskan hasrat tersebut hingga ke Putrajaya.
“Memang dakwaan RM4 juta memfitnah Pak Lah dan sebagainya adalah fitnah, tetapi dengan fitnah itu ianya menjadi satu modal buat saya untuk membuka satu tabung untuk menawan Putrajaya dengan kos RM20 juta,” katanya dalam nada menyindir ketika menyampaikan ceramah di Taman Guru malam kelmarin.
Katanya, semoga dengan fitnah yang dibuat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab itu sehingga memberikannya sebagai satu ilham, diharap tabung RM20 juta berjaya disemarakkan ke Putrajaya.
Katanya lagi, beliau berbuat demikian kerana tidak mahu terperangkap dalam perangkap yang dipasang oleh pihak lawan kepada PAS.
Kata Husam, ia sebagai taktik pihak kerajaan untuk tidak memberi ruang pada PAS melawan mereka.
“Kalau lawan saja mereka mulalah keluar PAS guna RM4 juta untuk musnahkan Pak Lah dan sebagainya, itu tidak betul, lainlah kalau kita guna duit kerajaan, belum apa-apa lagi SPRM akan hambat kita,” ujar Husam yang juga Ahli Jawatankuasa PAS pusat itu lagi.
Katanya lagi, pemimpin PAS sejak awal lagi sering diberi sumbangan oleh para dermawan yang ingin melihat syariat Islam tersebar di negara ini.
Menurutnya, sebagai contoh beliau sendiri yang hanya mendapat bayaran gaji RM400 sewaktu bekerja di Pejabat PAS, namun boleh keluar berceramah ke mana-mana kerana ada yang memberi sumbangan.
“Ia berlarutan sewaktu saya menjadi Ahli Parlimen, bantuan yang pelbagai turut saya terima dari penyokong di bawah, semuanya kerana perjuangan Islam, begitu juga untuk bantuan zakat saya turut menerima sumbangan untuk diagihkan pada rakyat,” ujarnya lagi.
Tambahnya lagi, semangat rakyat untuk melihat pentadbiran kerajaan diterjaui oleh mereka yang beramanah semakin hebat.
Katanya, PAS tidak pernah memburukkan Pak Lah sewaktu berkempen, sebaliknya hanya menceritakan kebaikan PAS, agar rakyat sedar.
“Yang kata PAS berkempen burukkan Pak Lah biar sampai dia jatuh itu hanya mainan media,” ujarnya lagi.
Beliau menegaskan, PAS sama ada kerajaan tidak pernah membayar sesiapapun sebanyak RM4juta untuk menjatuhkan kerajaan termasuk bekas Perdana Menteri sebagaimana yang didakwa.
Menurutnya, GMC hanyalah ditubuhkan sebagai platform perhubungan awam.
Katanya lagi, sebagai sebuah syarikat yang tidak terikat dengan mana-mana pihak, ia lebih menjuruskan pada konsep perniagaan sama ada dengan kerajaan negeri mahupun parti.
“GMC yang diurus oleh seorang yang professional dalam bidang-bidang tertentu telah menggerakkan beberapa projek melalui syarikat terbabit.
“Antara perkara yang dia buat ialah buku yang bertajuk ‘Sketsa Tuan Guru Sebagai Seorang Pemimpin Rakyat’ di mana dalam buku terbabit banyak mempamerkan gambar-gambar Tuan Guru,” ujarnya.
Tambahnya, pelbagai aksi Tuan Guru terkandung dalam buku tersebut dan ia diedarkan dalam pilihan raya umum 2008.
Katanya lagi, seperkara lagi yang di buat oleh syarikat GMC ialah poster Nik Aziz sedang berdoa di mana gambar-gambar itu juga disebarkan kepada rakyat di negeri ini.
“Ada maklumat yang menyatakan saya membayar pada GMC RM40,000, sebenarnya saya membayar lebih daripada jumlah itu,” ujarnya lagi.
Katanya lagi, rakyat tidak perlu mempersoalkan di mana peruntukan itu diambil dan jangan berfikir sebagaimana pemimpin Umno berfikir.
Husam menambah, sekiranya rakyat memikir sebagaimana Umno berfikir, sampai bila-bilapun peruntukan lebih RM40,000 itu tidak akan terjumpa.
Monday, July 12, 2010
ADUN Melompat: Response Yang Kita Akan Dengar
Setiap kali terdapat Ahli Parlimen PR melompat parti, maka kita akan dengan jawapan-jawapan standard seperti berikut:
A. Perletakan jawatannya memang telah dijangka.
B. Hilang satu beban lagi.
C. Adun ini memang bermasalah dari dulu lagi.
D. Adun ini memang tak pandai buat kerja.
E. Adun ini ada masalah perniagaan.
Mungkin dimasa hadapan, wartawan yang mahu menemuramah pemimpin parti pembangkang apabila ahli mereka melompat hanya perlu memberikan soalan dalam bentuk objektif, dan mereka boleh menjawab dengan hanya menyebut A, B, C, D atau E. Kalau syarikat-syarikat telefon selular boleh menggunakan pendekatan innovatif auto-reply dalam perkhidmatan mereka, apa salahnya sistem ini diadaptasi oleh pembangkang.
Ini patut dilakukan untuk membantu mengurangkan tekanan yang mereka hadapi saat mereka sedang risau tentang siapa pula seterusnya yang akan melompat. Apatah lagi terdapat jangkaan bahawa ada lagi ADUN pembangkang yang akan melompat lagi selepas ini.
Cuma kita tertanya-tanya, jika memang sudah dijangkakan, kenapa mereka tidak awal-awal lagi memecat ADUN mereka demi menjaga maruah parti? Dan jika ianya merupakan satu beban, mengapakah menunggu sehingga beban itu jatuh sendiri? Begitu juga, apabila dikatakan ADUN tersebut bermasalah, adakah bermakna selama ini mereka menyimpan ADUN bermasalah walaupun akibatnya, rakyat yang rugi diwakili oleh ADUN bermasalah?
Mereka lupa, apa saja kutukan mereka terhadap wakil-wakil yang mereka gelarkan katak ini, rakyat tetap tahu siapa yang memilih, mencalon dan berkempen untuk memenangkan wakil ini. Bukahkah semasa mereka disokong dulu, segala-galanya adalah baik, boleh dipercayai, amanah, jujur dan tidak korup.
Jadi adakah mereka telah menipu rakyat tentang wakil yang melompat atau sebaliknya mungkin mereka yang masih kekal didalam PR itulah yang kekal kerana sayangkan jawatan sahaja?
Posted by Syburi Times at 5:33 PM
Read more: http://syburi-times.blogspot.com/2010/04/adun-melompat-response-yang-kita-akan.html#ixzz0tXGI6vMX
Sedia gugurkan Islam?
Hudud adalah matlamat kami.
Membangun bersama Islam.
Pemerintahan Ulama.
Negara Islam matlamat kami.
Ini adalah slogan-slogan yang menjadi ikutan pengikut-pengikut PAS di kampung-kampung, taman-taman dan pelusuk negeri Kedah khas dan Malaysia amnya. Di Kg Tok Aris, Jeneri, Sik, benteng konkrit didirikan bersebelahan surau mereka dengan slogan Hudud Matlamat Kami.
Ini pula kata-kata Mursyidul Am PAS yang menjadi pujaan pengikut-pengikut PAS yang begitu fanatik kepadanya.
"Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan Pas asalkan tidak mendirikan negara Islam" (Mursyidul AM PAS Nik Aziz Nik Mat: Petikan Berita Harian , 12 Mei 1999).
Apa sudah jadi wahai pengikut-pengikut PAS ? Terutama PAS Kedah ?
Kerjasama sudah terjalin dan sahlah tiada agenda PAS untuk hatta mendirikan negara Islam ... Inikan hudud yang dilaungkan sebagai matlamat pengikutnya!
Bukti kata-kata Nik Aziz sudah amat jelas. Kelantan selama belasan tahun dibawah PAS, satupun hukum Islam tidak dilaksanakan. Yang ada hanya slogan Serambi Mekah, Bandar Islam dan pelbagai 'make up' yang tidak memerlukan perlaksanaan yang sepenuhnya. Mana pergi hukum rejam ke atas penzina, hukum potong ke atas pencuri dan sebagainya. Inilah janji-janji pemimpin-pemimpin PAS kepada pengikut-pengikut serta rakyat Malaysia.
Di Kedah, juga mungkin terlalu awal diperkatakan tetapi janji tetap janji kerana PAS yang memerintah sekarang. Dan janji-janji ini telah sekian lama mereka taburkan kepada rakyat Kedah.
Malahan satupun undang-undang syariah yang ada sekarang tidak diperelok atau diperkukuhkan lagi hatta menegakkan yang belum ditegakkan seperti yang pernah dijanjikan.
Pergi jahanam dengan jawapan "ini pemerintahan kerajaan PR". Ini disebabkan PAS adalah majoriti dalam kerajaan. DAP hanya satu kerusi dan PKR tiga.
Apakah PAS Kedah terlalu pengecut atau takut kepada DAP sehingga menggugurkan semua slogan-slogan dan janji-janji dulu? Jika ini benar maka pemimpin PAS ada pengecut dan penipu. Bijak menanam tebu dibibir.
Atau PKR yang memiliki hanya 3 kerusi berbanding dengan PAS yang memiliki 16 kerusi. Atau PKR sudah terlalu berpengaruh sehingga PAS sendiri sudah menerima Islam Liberal sebagai asas perjuangan mereka.
Kalau diikutkan kata-kata Nik Aziz tersebut, sahlah PAS bukan lagi seperti sebelum berkuasa dulu. Islam sudah tiada dalam agenda lagi. Buktinya terang ... Kedah dan Kelantan.
Maka tertipulah lagi pengikut-pengikut PAS yang taksub dengan slogan-slogan penyedap hati serta kata-kata manis dibibir saja yang dihamburkan oleh pemimpin mereka.
Ingat Kominis tidak akan pernah sehaluan dengan Islam. Jika PAS boleh terima DAP, maka Islam sudah dibuang tepi.
Kembalilah bersama UMNO memperjuangkan Islam .. . . wahai pengikut-pengikut PAS.
Posted by Syburi Times at 10:57 PM
Read more: http://syburi-times.blogspot.com/2010/04/kominis-bersatu-dengan-islam.html#ixzz0tXFrC8u8
PAS Guna Duit Rakyat - Melancong Ke Rom
Sebuah anak syarikat kerajaan Negeri Kedah telah menghantar agak ramai deligasi untuk misi Pameran di Hannover, Jerman (Hanoover, Masse)yang akan berlangsung dari 19 hingga 23 April 2010. Wang perbelanjaan ini ditanggung oleh rakyat yang mengharapkan kerajaan baru ini lebih berwaspada dalam menggunakan wang rakyat sebagaimana kempen-kempen mereka sebelum berkuasa.
Malangnya, ditakdirkan Allah, letusan gunung berapi di Iceland telah menyebabkan semua penerbangan ke Eropah di batalkan diatas sebab-sebab keselamatan. Pihak Penerbangan Malaysia juga turut menggantung penerbangan ke Eropah dan menawarkan pilihan untuk membayar kembali tambah penuh, menangguh kemasa hadapan atau ke Rom sebagai ganti memandangkan Rom masih belum diselubungi abuk gunung berapi.
Oleh kerana urusan pemeran tersebut adalah di Hannover, Jerman dan tidak mungkin deligasi ini sampai kesana melalui jalan darat dari Rom memandangkan semua perkhidmatan darat telah penuh ekoran pembatalan penerbangan, sepatutnya deligasi ini memilih untuk tidak pergi, dan menuntut kembali wang rakyat yang boleh diselamatkan.
Tetapi panggilan benua eropah sungguh menggiurkan. Mereka memilih untuk melencong ke Rom, dan mudah diketahui bahawa tujuan deligasi ini adalah tidak lain dan tidak bukan adalah untuk tujuan melancong ke bandar pelancongan tersebut kerana tiada pameran yang diadakan di Rom.
Sedang mereka bercakap tentang amanah kepada rakyat, mereka pula yang gunakan wang rakyat untuk tujuan melancong, sedangkan wang tersebut patut didapatkan kembali daripada Malaysia Airlines. Begitu juga dengan penempatan dihotel yang sepatutnya dibuat di Hannover, telah ditukar ke Italy untuk memenuhi nafsu melancung pemimpin PAS.
Disebabkan aggapan bahawa Ustaz Azizan selalu tertidur, maka ada kemungkinan Ustaz Azizan juga tidak menyedari perkara ini, malah tanpa pengetahuan mendalam, Ustaz Azizan akan jadi tukang nafi dan tukang taichi.
Rakyat bolehlah melihat betapa amanah dan betapa prihatin mereka ini kepada rakyat dan wang rakyat. Inilah perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS, iaitu perjuangan makan angin ke Rom.
Posted by Syburi Times at 11:02 AM
Read more: http://syburi-times.blogspot.com/2010/04/pas-guna-duit-rakyat-melancong-ke-rom.html#ixzz0tXEnNkr3
Pemimpin Lidang Bercabang
KOTA BHARU, 19 April: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyokong penuh calon Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor, Datuk Mohd Zaid Ibrahim dan akan turun ke sana 23 April ini.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Husam Musa, berkata sebaik sahaja dimaklumkan Zaid bakal bertanding di Hulu Selangor, Tuan Guru menelefonnya dari tanah suci memaklumkan sokongan penuhnya terhadap calon Pakatan Rakyat.
** Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Zolkharnain Abdin Al-Hafiz menyelar saranan Zaid dan menganggapnya biadap dan tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang Islam.
"Dulu dia nak bawa hukum hudud ke mahkamah. Ini nak buat loteri pula, apakah dia tidak ambil kira sensitiviti umat Islam atau inikah dia Islam Hadhari?," katanya.
Jelas Husam, Tuan Guru memberitahu Zaid akan mendapat sokongan dalam pilihan raya kecil itu nanti memandangkan kelebihan yang ada padanya disamping peka terhadap masaalah rakyat.
“Kerana itu, Tuan Guru akan turun ke Hulu Selangor pada 23 April ini untuk berkempen bagi membantu kemenangan calon Pakatan selepas pulang ke tanah air 21 April ini,”ujarnya.
Zaid dipetik berkata demikian ketika membahaskan Bajet 2006 bagi Kementerian Belia dan Sukan.
Akhbar The Star Khamis lalu menyiarkan komen daripada Zaid yang menyarankan agar diadakan loteri khas sebagai dana bagi mengatasi masalah kewangan yang dialami institusi sukan di negara ini.
Zaid menyatakan bahawa banyak syarikat perjudian tidak memberikan sumbangan yang secukupnya kepada sukan di negara ini.
Beliau juga memberikan contoh di England di mana indusrti sukan dibiayai penuh dari sumber perjudian.
Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis penyerahan kunci rumah kedai Bandar Baru Tunjung, dekat sini pagi tadi.
Sambung Husam lagi, bukan itu sahaja Tuan Guru turut menghubungi Zaid selepas beliau diistiharkan calon Pakatan Rakyat dihari penamaan calon.
“Malah dua hari berikut Tuan Guru sekali lagi menelefon Datuk Zaid untuk memberi semangat dan sokongan,”ujar Husam lagi.
Bagi Husam, Zaid merupakan calon yang paling layak untuk bertanding dalam pilihan raya itu kerana kekuatannya yang tersendiri.
Sambungnya, calon berkenaan secara jelas telah melepaskan jawatannya sebagai Menteri diJabatan Perdana Menteri semata-mata kerana rakyat yang telah diperbodohkan oleh kerajaan BN khususnya dalam masaalah ISA.
Sehubungan itu, beliau turut menyeru bakal pengundi di Hulu Selangor menolak calon BN dalam pilihan raya itu nanti dan sebaliknya menyokong penuh calon Pakatan Rakyat yang akan meneruskan perjuangan mereka.
Bila ditanya adakah ianya halal, Zaid dipetik sebagai berkata, "Yang pentingnya ialah untuk apa tujuan wang itu digunakan. Kenapa kita takut melakukannnya? Adakah kerana PAS ? Mereka hanya ada enam kerusi di Parlimen. Nak takut apa?".
Ustaz Zolkharnain juga melihat kata-kata Zaid sebagai satu keangkuhan mereka dari parti kerajaan.
Walau bagaimanapun baginya, ini adalah pengiktirafan dari kerajaan Islam Hadhari pimpinan Umno akan peranan Ahli Parlimen PAS di Dewan Rakyat dalam menyuarakan pandangan berkaitan agama.
"Sungguh angkuh dan terbukti mereka tidak pernah mengambilkira aspek halal-haram sesuatu perkara. Kalau tak ada PAS di Parlimen tak tahu apa nak jadi? Jadi jelas kehadiran kita tetap digeruni," tambahnya.
Selain itu, Ustaz Zokharnaian turut menyuarakan pandangannya tentang usaha memperbaiki mutu sukan tanahair.
Baginya, segala kekurangan dan kelemahan patut diperbaiki dengan cara yang tidak merosakkan nama institusi sukan di negara ini.
"Cukuplah institusi sukan negara dicemari pelbagai perkara yang tidak sesuai dengan agama dan jangan dimasukkan perkara lain yang akan lebih merosakkan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.
Kedah Times : Dulu tentang habis-habisan, sekarang sayang habis-habisan. Sayang bini ditinggal-tinggalkan, sayang kuasa, yang haram sudah tidak haram. Sayang Zaid, pengikut jadi mainan.
PAS Kedah bila lagi nak 'declare your stand'
Posted by Syburi Times at 1:27 PM
Read more: http://syburi-times.blogspot.com/2010/04/pemimpin-lidang-bercabang.html#ixzz0tXEalXa6
Subscribe to:
Posts (Atom)