Monday, July 12, 2010

PKR Jadi Raja, PAS Kedah Pening Kepala


Kerajaan PAS Kedah seolah-olah sudah tidak mempunyai cara lagi membendung lompatnya ADUN-ADUN PKR keluar dari pakatan. Jika ini berlaku, ia  boleh menjatuhkan Kerajaan Negeri pimpinan Parti itu.

Apa tidaknya, daripada hanya 3 ADUN PKR yang berada dalam kerajaan negeri, ketiga-tiganya telah dianugerahkan jawatan Exco. Tidak pernah berlaku dalam sejarah parti yang mempunyai begitu banyak kerusi tunduk kepada sebuah parti minoriti hanya kerana parti PKR menjadi penentu kejatuhan kerajaan negeri.

PAS sanggup mengecewakan ramai lagi ADUN-ADUNnya sendiri dengan tidak memberikan jawatan Exco kepada mereka bagi memuaskan kehendak wakil-wakil PKR ini, namun wakil-wakil PKR tetap menunjukkan pendirian longgar mereka terhadap kerajaan PAS.

Sehingga hari ini, Ustaz Azizan semakin resah dengan pendirian tiga ADUN PKR yang semuanya memegang jawatan Exco. Ustaz Azizan dilaporkan terpaksa mengadakan satu majlis pada 22 Mei ini bagi mendapatkan "pengakuan" bahawa mereka masih menyokong, sedangkan ikrar tersebut tidak perlu diulang-ulang jika "tiada apa-apa" yang berlaku.

Sebenarnya, Exco-exco dari PKR ini lebih cerdik dari PAS, kerana mereka tahu walaupun PAS menawarkan jawatan Exco, tetapi isinya kosong. Malah lantikan sebagai ahli lembaga pengarah yang diberikan kepada Exco-Exco PKR ini hanyalah di GLC-GLC yang boleh dikatakan dorman, tidak mempunyai projek, rugi dan tiada apa yang yang boleh dituai. Sementara GLC-GLC yang boleh dituai, semuanya diberikan kepada pemimpin-pemimpin PAS dan anak beranak mereka.

Ustaz Azizan tidak menyedari fenomena ini kerana beliau hanya mendengar nasihat bekas menantu dan juga penasihat ekonomi negeri yang berlagak pandai dan ikhlas, walhal fokus mereka ini hanyalah duit. Segala maklumat sahih sudah ditebat dari pengetahuan Ustaz Azizan oleh beberapa individu dari kelompok ini, dan Ustaz Azizan membuat keputusan berdasarkan maklumat yang diselewengkan.

Exco-Exco PKR yang nampak muslihat ini sudah panas kerana habuan sekadar elaun mesyuarat lembaga pengarah, sedangkan projek-projek GLC yang aktif dibedal oleh kroni PAS.

Kita lihatlah, bagaimana dan apa lagi yang boleh ditawarkan kepada Exco-Exco PKR ini bagai menyambung hayat kerajaan PAS yang akan diugut secara berterusan selama mana DUN tidak dibubar. Jangan lupa, ADUN DAP juga pernah mengugut untuk keluar dari pakatan rakyat Kedah.


Fakta Kedudukan Terkini:
PAS 16 PKR 3 DAP 1 - Jumlah 20
Umno 12 MCA 1 Gerakan 1 - Jumlah 14
Bebas 2 - Jumlah 2
Jumlah Kerusi DUN Kedah 36

PKR : Tan Joo Long @ Tan Chow Kang (Sidam), S Manikumar (Bukit Selambau) dan Lim Soo Nee (Kulim), semua mereka adalah exco kerajaan negeri.

Read more: http://syburi-times.blogspot.com/2010/05/pkr-jadi-raja-pas-kedah-pening-kepala.html#ixzz0tX8sqJ4W

No comments:

Post a Comment