Monday, July 12, 2010

Apa jua strategi jatuhkan UMNO

Ahli parlimen Bebas Zulkifli Noordin telah mengakui bahawa beliau pernah melakukan bermacam pembohongan semasa menyertai pembangkang dalam strategi untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Andainya Zul tidak mengbongkarkan perkara ini pun, memang telah diketahui umum bagaimana sikap pembangkang-pembangkang di Malaysia ini jika mahu dibandingkan dengan negara-begara lain.

Sikap gilakan kuasa serta memburukkan individu-individu tertentu untuk mendapatkan kuasa memang telah pun jelas dipraktikan oleh pembangkang di sini. Mereka melakukan kritikan yang tidak membina sambil melemparkan fakta-fakta yang tidak berasas untuk mengelirukan rakyat.

Dengan pendedahan Zul, rakyat diharapkan lebih memahami susur galur dan teknik-teknik menjatuhkan kerajaan secara luar tabiee oleh pembangkang.

No comments:

Post a Comment