Sunday, July 25, 2010

GEREJA KEBANGGAAN PAS YANG TERBESAR DI GOMBAK!


Salam Tuan Parpukari,

Saya sebenarnya simpan hasrat saya untuk tuliskan email tentang hal yang ingin saya sampaikan harini ketika mula mula keluar balik hasrat golongan agamawan yang mahukan kesatuan orang islam di Malaysia yang asasnya ditunjangi oleh orang melayu yang ramai berada dalam UMNO dan PAS. Tetapi setelah saya melihatkan kesombongan oleh ramai pemimpin PAS terhadap usaha murni ini untuk melihat perpaduan dikalangan umat islam-melayu maka saya rasa patut saya tulis email ini kerana ianya merupakan satu bukti jelas bahawa PAS tidak boleh memartabatkan agama islam sebagai agama yang suci dan tinggi sebagaimana termaktub dalam Al Quran dan perlembagaan negara Malaysia dan langsung tidak boleh jadi sebab kepada penyatuan umat islam-melayu di negara kita.

Untuk makluman Tuan Parpukari, satu gereja besar telah siap dibina pada tahun ini di Gombak. Seperti yang kita semua maklum bahawa Gombak diduduki oleh penduduk islam yang majoritinya hampir 80%. Dan menyedihkan lagi ialah pemimpin yang dipilih oleh majoriti penduduk sini ialah pemimpin islam yang dikenali dgn penampilan islamiknya yg sesuai dgn wakil politik PAS iaitu Dato' Hassan Ali.

Gereja yang besar ini sebagaimana yang 'diattached' di email ini adalah gantian gereja yang terbakar di Ampang. Semua penduduk di taman-taman di sekitar gereja melahirkan ketidakpuashatian kerana gereja ini dibina di tempat majoriti islam. Ramai yang merungut dan dan tidak kurangnya ada yang mahu mengadakan protes terhadap pembukaan gereja besar ini.

*Lokasi gereja ni adalah di belakang Giant Batu Caves dan di kelilingi oleh taman samudera utara, timur, barat dan selatan, taman greenwood, taman sri batu caves, taman selasih 2, taman samudera teres, taman desa minang, taman MELEWAR, taman gombak, taman berjaya, taman batu, taman berlian, taman bolton, taman sunway batu caves

Untuk makluman juga, saya kira telah sampai ke pihak gereja tersebut tentang ketidakpuashatian penduduk sekitar tentang pembukaan gereja ini kerana kehadiran bangunan gereja ini jelas apabila tiba hari ahad yang menjadi hari mereka berhimpun. Pihak gereja sudah menurunkan sign board " Gereja Metrotabenacle" yang mana sebelumnya telah dipasang untuk beberapa minggu.

Saya ingin menyampaikan hal ini kepada Tuan parpukari bagi membuktikan bahawa PAS memang tidak boleh harap untuk menjaga hati dan kebajikan orang islam. Agenda islam mereka hanya untuk meraih undi orang islam terhadap mereka.

Sekiranya PAS memerintah negara ini bersama DAP dan PKR sebenarnya agama islam akan diperkotak katik oleh golongan yang nampak beragama dalam PAS tetapi hati penuh dengan cinta dunia. Kita memang tidak tahu hati orang PAS cinta dunia tetapi dari tindak tanduk mereka memang sangat cinta dunia, buktinya sanggup bersekongkol dgn DAP dan PKR hanya semata mata nakkan kuasa.

Saya Tuan parpukari sebarkan cerita ini di blog tuan dan kawan2 blogger yang lain agar rakyat semua tahu tembelang PAS ni yang suka pada kuasa dan gunakan islam sebagai modal tetapi bila dah dapat kuasa biarkan hati orang islam tergadai dan terbiar. Inilah bahana bersekongkol dgn Anwar dan konco2 dlm PR.

Terima kasih

Thanks

Br/zahari

No comments:

Post a Comment