Monday, July 12, 2010

Kedah Sejahtera - Gejala sosial semakin hebat kata Exco


POKOK SENA – Saban hari isu-isu gejala sosial yang membabitkan anak remaja kita didedahkan, secara tidak langsung anak-anak remaja kita juga semakin agresif, berani dan liar.

* Bercakap tentang anak-anak Kedah ka? Atau anak-anak orang PAS Kedah?

Statistik oleh Jabatan Pendaftaran Negara telah mendedahkan peningkatan anak luar nikah yang didaftarkan ke Jabatan Pendaftaran Negara. Lebih sedih dan memalukan di kalangan Melayu Islam lebih tinggi pendaftarannya.

* So apa tindakan kerajaan negeri selama 2 tahun memerintah untuk mengurangkan gejala-gejala seperti ini? Anak-anak siapakah yang kebanyakkannya terlibat dengan gejala seperti ini? Anak-anak orang PAS ada tak?

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, YB. Dr Ismail Salleh menegaskan bahawa kembali kepada agama mampu memperbaiki tahap sosial anak remaja kita.

* Seperti biasa macam di atas pentas ceramah. Cakap saja lebih, tindakan dia dimana? NATO juga

Islam sebagai agama yang syumul mempunyai garis panduan lengkap kepada umat manusia dalam mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.

* Semua orang tahu, tapi kita dok nanti program -program serta tindakan kerajaan negeri pula

Justeru adalah menjadi dasar kerajaan negeri dalam mengimbangi antara pembangunan fizikal dan pembangunan insan dalam usaha mencapai kesejahteraan dan kemajuan rakyat dapat diteruskan.

* Cakap cakap cakap saja...

“Setiap hari kita dengar mengenai masalah sosial yang melibatkan anak-anak kita. Menteri yang bertanggungjawab terhadap pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat menekankan mereka akan berbincang dengan penggiat seni, iaitu artis dalam memastikan masalah sosial dapat diatasi menerusi Model Sosial Baru.

* Tunggu menteri juga ka? Exco negeri buat apa? Cakap saja ka? Almaklum lah dah biasa sangat berceramah.

“Apa yang menjadi kemusykilan, beliau langsung tidak menyebut masalah sosial patut diperbaiki dengan cara kembali kepada agama.

* Salah orang lain lagi. Peeel lama ... asyik menyalahkan orang saja

“Maka, secara tidak langsung, sistem pendidikan dalam negara kita pada hari ini gagal. Kita berjaya membina insan yang cemerlang akademik, tetapi dari segi moral mereka ini jauh kebelakang.

* Kerana kegagalan sistem pendidikan negara inilah, YB dapat Dr tu. Atau Dr cikai kot. sebab tu masuk politik. Mungkin sistem tu gagal terhadap orang PAS saja kot! Maklumlah sistem PASTI dan sekolah PAS cukup canggihh. Macam Insaniah tuuu.. Ooooops Insaniah tu BN yang buat, BUKAN PAS.

“Jadi, kita perlu kembali kepada agama, kalau kita menyimpang daripada Al-Quran, sudah tentu terpesong akidah kita. Justeru kerajaan negeri ambil tanggungjawab untuk mendidik anak-anak untuk pasti bahawa pembangunan moral supaya apabila betul membangun, ia dapat mencegah daripada gejala yang tidak diingini, InsyaAllah,” jelas beliau pada Taklimat Khas Kemajuan dan Perkembangan Kerajaan Negeri Kedah di perkarangan Masjid An-Nur, di sini.

* Benar. Kita perlu kembali kepada ajaran Agama Islam, bukan ajaran PAS.

YB. Dr Ismail turut menyatakan bahawa adalah menjadi dasar kerajaan negeri untuk memperbanyakkan rumah mampu milik serta mensasarkan sifar setinggan di bandar.

* Yang buat rumah mampu milik ialah SPNB dan KEda saja. Heheh dua-dua tu syarikat dan agensi Kerajaan Pusat. Kedah punya mana? Seri Temim? Darulaman Realty? Kedah Corp? PKB? Semua dok lumba nak buat yang mahal-mahal saja, mana orang Melayu KEdah nak mampu.

“Kita (kerajaan) telah lancarkan Bandar Sejahtera di Pokok Sena, insyaAllah penghujung April ini akan dilancarkan di Kubang Pasu, Jitra oleh Darul Aman Realty sebanyak 400 biji dan akhir Jun di Kuala Ketil,” ujar beliau.

* Lancar apa yang BN telah rancang. itu jer kerja Exco sekarang. Pakai songkok dan baju melayu cantik-cantik saja .... lepastu  pi rasmi.

Read more: http://syburi-times.blogspot.com/2010/04/kedah-sejahtera-gejala-sosial-semakin.html#ixzz0tXCnZMfi

No comments:

Post a Comment