Monday, July 12, 2010

Khurafat dan kekarutan untuk Kuasa


Masih terdapat ramai Masyarakat Melayu, umumnya belum dapat melenyapkan kepercayaan tradisi sepenuhnya yang diwarisi dari kebudayaan lama, sebelum kedatangan Islam.

Mereka percaya kepada kuasa-kuasa istimewa yang dimiliki oleh seseorang dan mengaitkan sesuatu kejadian atau fenomena alam yang tertentu kepda sesuatu kuasa istimewa. Contoh terbaik ialah Ayah Pin dengan kerajaan langitnya dan juga Ashaari dengan Arqamnya.

Walaupun di dalam ajaran Islam sesuatu yang luar biasa boleh terjadi dengan kehendak Allah s.w.t tetapi kerja menghubungkaitkan sesuatu fenomena dan kejadian tertentu kepada sesuatu sekali dengan hanya berdasarkan andaian, adalah karut dan tidak berlandaskan kebenaran.

Umpamanya mengaitkan durian yang lebat buahnya, dengan keberkatan seseorang atau sesuatu peristiwa tertentu, tanpa bukti nyata atau hanya berdasarkan andaian.

Bolehkah dengan kenyataan di atas, Islam ditegakkan dengan kepalsuan dan penyebaran khurafat dan kekarutan ?

Jawapannya, tentulah tidak.

Orang yang menyebarkan kepercayaan karut, berusaha mendapatkan kesetiaan kepada pemimpin dengan menyebarkan khurafat sehingga pemimpin itu dikagumi dan digeruni seperti yang dilakukan oleh PAS, sebenarnya telah melakukan perkara mungkar yang boleh membawa kepada syirik.

PAS sering menyalahkan UMNO di dalam berbagai perkara dan menghukum UMNO sebagai kafir dan sebagainya. Tetapi PAS tidak melihat dirinya sendir yang melakukan kemungkaran dahsyat yang melibatkan khurafat dan kepercayaan karut yang diperangi oleh Islam.

Ini ialah penyebaran kepercayaan karut, walaupun untuk tujuan-tujuan mulia yang lain, bertentangan dengan ajran Al-Quran supaya manusia menggunakan akal fikiran, memanafaatkan ilmu, mengkaji dan menyelidik di dalam memahami sesuatu, semata-mata kerana ia menjadi pegangan tradisi, sedangkan ia berlawanan denagn akal.

PAS seharusnya lebih berwaspada di dalam usaha-usahanya hendak merebut kuasa politik, supaya agama, tidak dipergunakan sehingga berlaku penyelewengan yang nyata dan yang tersembunyi. Begitu juga dengan kepercayaan khurafat yang ditentang oleh agama, yang dipercayai oleh sebahagian anggota masyarakat, tidak harus dikembangkan untuk tujuan mendewakan pemimpin dan menjadikan pemimpin itu dikagumi dan digeruni.

Nampaknya di dalam memenuhi matlamat politik untuk berkuasa, PAS menggunakan apa sahaja cara tanpa memperhitungkan halal atau haram. Nampaknya PAS benar-benar mengggunakan secara sempurna kaedah "Matlamat mengharuskan cara".

PAS menggunakan Islam dengan membina imej keislaman di dalam perjuangannya, menggunakan agama untuk memperlekehkan UMNO, mengkafirkan UMNO dan mensekularkan UMNO. PAS menjulang Al-Quran dan Al-Sunnah untuk menarik orang-orang Islam supaya meyokongnya. Di Waktu yang sama, PAS menggunakan kepercayaan khurafat dan karut, untuk mempengaruhi orang ramai supaya mempercayai bahawa pemimpin meraka dalah keramat, istimewa yang harus dikagumi dan disegani.

Kini PAS menghalalkan segala jenis perbuatan dan cara hidup pemimpin-pemimpin pakatan mereka demi mencapai matlamat berkuasa. Anwar Ibrahim dengan kes liwatnya, Eli WOng gaya hidup bebas seksnya, Zahid Ibrahim dengan gaya hidup ala baratnya, DAP yang asal-usulnya berfahaman komunisnya, pemimpin-pemimpin PKR dengan Islam Liberalnya, Khalid Samad dengan sokongan terhadap perkataan 'Allah' oleh kristian, IFC dengan tuntutan kesamarataan agamanya, Pakatan rakyat dengan tuntutan untuk mengubah perlembagaan mengenai Islam dan melayunya dan pelbagai lagi.

Dan ini tidak terkecuali PAS Kedah yang memerintah sekarang. Mereka sepenuhnya juga bertanggungjawab dan bersubahat dengan membawa pengaruh-pengaruh khurafat ini.

Kenapa berlaku sebegini?

Kuasa!

Read more: http://syburi-times.blogspot.com/2010/04/khurafat-dan-kekarutan-untuk-kuasa.html#ixzz0tXDPxHrw

No comments:

Post a Comment