Monday, July 12, 2010

Bai'ah Talak Tiga. Bagaimana Nak Mengugurkannya?


Assalamua'alaikum..

Saya seorang isteri dan ibu kepada seorang ahli PAS tegar. Masalahnya saya adalah salah seorang di antara isteri-isteri yang diberi amaran, melakukan bai'ah bahawa sekiranya kami memangkah calon BN maka jatuhlah talak ke atas kami dengan talak tiga. Sejujurnya, saya berasa amat tertekan kerana saya tahu bahawa suami saya seorang yang baik tetapi agak keterlaluan taksubnya pada PAS. Saya masih tercari-cari apakah hukum bai'ah tersebut? Adakah bai'ah yang dilakukan boleh dibatalkan dan apakah kesannya jika akak melanggarnya.

Sehingga kini tiada penerangan dan perbahasan yang dapat meleraikan masalah ini. Sekiranya PRU13 nanti, bagaimanakah jika saya sudah tidak mahu mengundi PAS? Sebabnya PAS sudah terbukti tidak mampu mentadbir dengan baik dan banyak mempergunakan ugama.

Semoga masih ada pihak yang mengambilberat tentang hal ini. Kalau nak siarkan pun tak apa.

Salam Hormat

Bulan Kesiangan
KEDAH

P/s: Pssttt..tolonglah jawab sat..Ramai yang sudah sedar dan terbelengu dengan perlakuan sang suami taksub ni..

Read more: http://syburi-times.blogspot.com/2010/04/baiah-talak-tiga-bagaimana-nak.html#ixzz0tX6gU89V

No comments:

Post a Comment