1. Ini kisah benar dan bukan rekaan penulis, kisah ini berkenaan sebuah Kelab yang tertua didalam negeri Kedah dan Malaysia. Nama kelab ini ialah KELAB SUNGAI PETANI (KSP), kelab ini ditubuhkan pada tahun 1922 dan kini berusia 88 tahun. KSP terletak ditengah-tengah bandar Sungai Petani, dikelilingi oleh TIGA BUAH MESJID iaitu Mesjid Abdul Rahman, Mesjid Penghulu Him dan Mesjid Sultan Mudzaffar SHAH. Ianya terletak diatas tanah HAK MILIK Kerajaan Negeri Kedah dan keluasan tanah tersebut ialah hampir 70 ekar. Kemudahan yang terdapat di Kelab tersebut ialah Padang Golf 9 lubang, sebuah kolam renang, 4 gelanggang tenis dan sebuah bangunan rumah kelab yang dimiliki oleh JKR.
3. KSP mendapat hasil dari dua sumber iaitu dari yuran keahlian dan sumbangan wang dari mesin judi; mesin judi memberi sumbangan yang cukup besar kepada kelab dan kini wang terkumpul hasil judi didalam simpanan tetap mencechah RM 8 JUTA. Dari segi kedudukan kewangan KSP merupakan sebuah kelab yang terkaya didalam negeri Kedah.

5. Pada 27 September 2006, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (MMK) telah memutuskan untuk menyimpan tanah tersebut bagi tujuan kegunaan am iaitu TAPAK PADANG AWAM. Surat resmi Kerajaan Negeri Kedah bertarikh 04 Februari 2008 telah dihantar kepada Pihak Pengurusan KSP dan mengarahkan KSP mengosongkan tanah berkenaan dalam tempoh 30 hari. Lihat surat.
7. Cuba bayangkan apabila PAS menuduh Kerajaan BN sebagai Kerajaan SEKULAR dan tidak ISLAMIK tetapi apabila BN cuba menegakkan syiar Islam, PAS bertindak sebaliknya dengan tidak berani menghapuskan ARAK dan JUDI yang sedang bermaharajalela di tengah-tengah Bandar Sungai Petani. Dan yang paling sedih PAS mengizinkan perkara-perkara maksiat dilakukan disekitar kawasan MESJID.
8. Kesimpulannya, demi kuasa dan undi kaum kafir, PAS sanggup buangkan agama Islam.
Read more: http://syburi-times.blogspot.com/2010/04/benarkah-ada-mini-vegasrenomacau-di-sg.html#ixzz0tX6DO1YN
No comments:
Post a Comment