Monday, July 12, 2010

Kerajaan Kedah Perkenalkan Sistem Perjawatan Baru


Setelah sekian lama rakyat Kedah menunggu perubahan dalam pentadbiran, akhirnya dapat juga rakyat melihat perubahan dan pembaharuan yang dibuat PAS.

Sistem perjawatan dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Negeri Kedah, samada dibawah kumpulan PKNK, MBI dan lain-lain kini telah diubah terus. Rakyat kini tidak lagi perlu memohon jawatan-jawatan, terutamanya di peringkat eksekutif dan pengurusan.

Jawatan-jawatan tersebut kini diisi terus dari kalangan pemimpin dan kroni PAS sahaja, tiada lagi iklan terbuka untuk mengisi jawatan. Jika dibuat statistik kemasukan kakitangan baru GLC sejak Mac 2008, lebih 80% lantikan dibuat berdasarkan kepada kroni, malah ada GLC-GLC yang mana kemasukan baru kakitangan eksekutif dan keatas 100% diisi oleh kroni.

Temuduga-temuduga yang dijalankan hanyalah sekadar memenuhi prosedur sahaja, malah ada yang menipu kelayakan dan tidak pernah menyertakan sijil dan dokumen-dokumen yang wajib bagi menyandang jawatan-jawatan profesional. Borang-borang permohonan dibuat selepas kemasukan.

Inilah sistem baru yang diperkenalkan oleh PAS dalam GLC-GLC Kedah kini. Rakyat Kedah ramai yang tidak sedar hal ini, namun mereka boleh tanya dan selidik perlantikan-perlantikan baru yang dibuat selepas Mac 2008.

Kalau dibandingkan perbuatan melantik adik beradik, menantu dan ahli keluarga antara PAS dengan Umno, PAS jauh lebih hebat meninggalkan Umno, zaman Umno dulu jarang-jarang sekali kita ada dengar pelantikan kroni, bukan tak ada langsung, tapi zaman PAS tiada langsung saki baki untuk rakyat biasa, malah untuk ahli biasa PAS pun tiada.

Gitulah Parti Islam...

Read more: http://syburi-times.blogspot.com/2010/05/kerajaan-kedah-perkenalkan-sistem.html#ixzz0tX97MQF7

No comments:

Post a Comment