Monday, July 12, 2010

Berapa pula PAS Kedah Belanja


Pendedahan terkini Sheh di blognya tentang perbelanjaan PAS Kelantan sebanyak Rm4 Juta untuk tujuan perang saraf bagi melemahkan UMNO dan kerajaan Persekutuan amat mengejutkan kita semua.

Memang amat diakui yang Kerajaan Persekutuan di bawah Pak Lah di masa itu amat lemah dan caca merba. Tetapi dengan tekad PAS untuk terus melemah sebuah parti Melayu Islam lain dengan satu perbelanjaan besar khas untuk tujuan tersebut amatlah keji. Parti yang dilaungkan mendokong ajaran Islam, tetapi gerak geri dan perbuatan amat menyimpang.

4 Juta bukan lah sikit bagi rakyat marhein bawahan ini yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Cuma kedah times tertanya-tanya berapa peruntukan yang disediakan atau diberi kepada PAS Kedah untuk tujuan yang  sama?

Kerana projek perang saraf ini adalah projek nasional untuk menjatuhkan Kerajaan Persekutuan. 

Mungkin penembusan akitiviti-aktiviti PAS ke dalam Masjid, Warta Darul Aman yang kini berselerak ditabur ke Masjid merupakan sabahagian dari projek tersebut.

Mungkin soalan berkaitan kuasa Sultan juga sebahagian dari projek tersebut? Siapa tahu!


Read more: http://syburi-times.blogspot.com/2010/04/berapa-pula-pas-kedah-belanja.html#ixzz0tX5czkUN

No comments:

Post a Comment