Monday, July 12, 2010

Datuk Amiruddin Berbohong Pasal Pelaburan


YB Datuk Amiruddin Hamzah nyata telah berbohoong apabila membuat kenyataan yang tidak benar, bercanggah dengan fakta dan cuba mengelirukan rakyat. Samada fakta ini adalah berdasarkan rekaan Datuk Amiruddin ataupun disuapkan oleh penasihat berkepentingan, kami di Kedahtimes tidak dapat memastikannya, apa yang kami dapat pastikan ialah kenyataan tersebut dibawah banyak yang tidak benar, dan melibatkan angka yang besar.

1. RM4.5 Billion sejak 2008: Huraiannya ialah RM4.5 Billion itu semuanya adalah pelaburan dari syarikat First Solar yang sudah bertapak di Kulim, cuma dirasmikan oleh PAS saja iaitu beberapa bulan selepas menjadi kerajaan di Kedah, dan kemudian First Solar membesarkan kilang mereka di Kulim. Jadi ini bukan kerja kerajaan PAS, tapi hasil kerja Kerajaan terdahulu. Memang muka tak malu, cuba menggambarkan ini hasil kerja beliau. Semua orang tahu, untuk membawa masuk pelabur mengambil masa lebih setahun, jadi mustahil First Solar dibawa masuk ke Kedah hanya selepas 2 bulan menjadi kerajaan.

2. Pada 2008, Datuk Amiruddin berkata ada LIMA pelaburan baru (Baru maksudnya, tidak termasuk First Solar Company): Jika Datuk Amiruddin tidak menipu, sila namakan syarikat-syarikat tersebut dan nilai pelaburannya. Yang kami pasti, itu bukan data yang diperlolehi dari MIDA, kerana fakta itu tidak benar sama sekali, menurut penyelidikan kami.

3. Pada tahun 2009 pula, ada lagi TUJUH lagi pelabur baru masuk ke KHTP: Pembohongan paling besar. Datuk Amiruddin perlu nyatakan nama-nama pelabur baru yang masuk itu. jangankan TUJUH, kami cabar YB Datuk kemukakan TIGA dari pada TUJUH nama pelabur tersebut.

4. Untuk Tahun ini (2010), dalam dua bulan pertama sahaja,ada lagi dua pelaburan baru.  Pembohonagn yang mencapai tahap memualkan. Sila namakan Syarikat-syarikat tersebut wahai YB Datuk.

Kesimpulannya, mentadbir negeri bukan setakat baca laporan dari penipu-penipu yang disekeliling Datuk, sila pergi dan lawat lebih kerap ke KHTP dan kawasan-kawasan pelaburan lain di Kedah. Kalau depa bohong kata ada tujuh, Datuk suruh la depa tunjuk mana dia tujuh pelabur tu.

Nasihat kami, jangan percaya sangat orang yang kuat bercakap ni, banyak bohong daripada betul. Adalah lebih elok dirujuk kepada Ketua Pengarah MIDA, Y.Bhg. Dato' Jalilah binti Baba yang juga salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kulim Hi-Tech.

**********************************************************************************
KHTP Terima Pelaburan Lebih 4.5 Bilion Sejak 2008

ALOR SETAR, 17 Mei (Bernama) -- Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) menerima pelaburan lebih RM4.5 bilion sejak 2008 sehingga Februari 2010 dengan mewujudkan hampir 3,000 peluang pekerjaan.

Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pertanian & Industri Asas Tani dan Bioteknologi Kedah Datuk Amiruddin Hamzah berkata dalam tempoh itu, tiada pelabur sedia ada yang menarik diri, menutup operasi atau memindahkan operasi mereka ke tempat lain.

"Berdasarkan fakta MIDA (Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia), pada 2008 KHTP menerima lima pelaburan baru yang mewujudkan 599 peluang pekerjaan dengan nilai pelaburan RM2.075 bilion. Pada 2009, ketika ekonomi dunia gawat, ada tujuh pelabur baru dengan 970 peluang pekerjaan melibatkan nilai pelaburan RM961.4 juta.

"Untuk tahun ini, bagi dua bulan pertama sahaja, ada dua pelaburan baru dengan 1,382 peluang pekerjaan dan nilai pelaburan RM1.529 bilion. Pelaburan itu (2010) turut melibatkan syarikat First Solar yang mahu mengembangkan operasi sedia ada dengan pelaburan tambahan RM1 bilion.

"Ini akan melibatkan pertambahan 1,000 tenaga kerja daripada 1,500 pekerja sedia ada menjadi 2,500 orang," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari Isnin.

Read more: http://syburi-times.blogspot.com/2010/05/datuk-amiruddin-berbohong-pasal.html#ixzz0tX84LByC

No comments:

Post a Comment